Raya Tak Sah Kalau Tak Ada 5 Jenis Manusia Ini!

Mata tu janganlah melekat kat handphone, pandanglah kedepan.

  • Jumaat ini, umat Islam seluruh dunia bakal menyambut hari lebaran setelah sebulan berpuasa

    • Di hari yang mulia ini ramai sanak saudara dan sahabat handai akan ziarah-menziarahi satu sama lain, tidak kira yang dekat mahupun jauh, untuk mengeratkan ikatan silaturahim sesama Islam.

      Hari Raya juga merupakan masa yang terbaik untuk kita mengenal sikap manusia, lebih-lebih lagi yang kita hanya jumpa setahun sekali.

      Berikut adalah 5 jenis manusia yang kita akan jumpa di hari Raya:

  • 1) Geng selfie

    • Selfie atau wefie merupakan trend masa kini.

      Masing-masing akan gigih memilih spot yang sesuai disertai dengan lighting yang on-point untuk mereka ber-selfie, atau wefie.

      Peranan monopod sangat penting di hari ini kerana ketiadaannya boleh mencacatkan penampilan, menghilangkan mood lebaran.

      Geng selfie tidak akan melepaskan peluang ber-selfie di setiap rumah yang dikunjungi tidak kira di masa sahaja sama ada di meja makan, di hadapan rumah, di hadapan kereta dan lain-lain.

  • 2. Geng membawang

    • Hari raya merupakan antara hari yang dinanti-nantikan oleh geng bawang. Ini merupakan satu-satunya masa untuk geng bawang berjumpa dan bersua muka antara satu sama lain, lebih-lebih lagi pada yang duduk jauh.

      Mulalah satu demi satu cerita dikongsi. Recap segala cerita yang terlepas walaupun sudah cerita dari setahun yang lalu.

      Gaya bersembang seperti langsung tidak berhubung walhal setiap hari bergossip di platform WhatsApp dan WeChat.

  • 3. Geng melaram tak ingat dunia

    • Geng ini selalunya jenis yang setiap hari baju lain-lain, maklumlah, Raya kan sebulan bahkan sanggup berhabis beribu ringgit untuk tampil menawan di hari Raya.

      Bukan sahaja anak dara yang bergaya, mak dara juga tidak ketinggalan.

      Baju raya umpama baju kahwin dipadankan dengan tudung berjenama ataupun keluaran selebriti tempatan.

      YouTube dijadikan rujukan untuk mempelajari teknik solekan terbaik dan yang pasti makeup kenalah on-point!

  • 4. Geng makan sampai kembung

    • Geng jenis ini tidak peduli apa yang terjadi pada sekeliling mereka kerana sejurus sahaja tiba di rumah, meja makan menjadi tumpuan utama.

      Biasanya mereka sering dilihat berulang-alik ke meja makan untuk merasai setiap hidangan, setiap kuih dan biskut raya yang ada.

      Mereka inilah juga yang sering complain akan pertambahan berat badan setiap kali hari Raya.

  • 5. Geng anti-sosial

    • Geng ini hanyut dengan dunia mereka sendiri kerana mereka kebiasaanya dilihat beraya bersama handphone masing-masing.

      Sebahagiannya tersenyum sendiri dan tidak kurang juga yang ralit bermain games online.

      Geng ini hanya muncul untuk bersalaman dengan saudara mara sebelum mencari posisi terbaik di mana-mana sudut rumah untuk terus hanyut dengan dunia maya mereka. 

      Cukup-cukuplah tu dengan gadget, sekali sekali bercakap dengan orang sekeliling secara face-to-face, tak boleh ke?

  • Anda berada dalam geng yang mana? Kongsi dengan kami di ruangan komen di bawah! :)

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Dah habis tengok iklan Raya tahun ini?

  • Bukan manusia sahaja melaram, shopping malls pun melaram!

Most-read stories today

Leave a comment