seismik

Jutawan Tinggalkan Harta Pusaka Lebih 12 Juta Pada Pembantu Rumah - “Rezeki!”

Rezeki yang tak disangka.

Cover image via Bangkok Post & New Straits Times

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang jutawan Perancis memberi pembantu rumah berasal dari Thailand dengan meninggalkan harta pusakanya sebanyak 100 juta baht atau lebih RM12 juta pada hari lahirnya sebelum dilaporkan meninggal dunia

Bagaimanapun, pada masa ini, harta pusaka itu dikatakan ditangguhkan kerana pihak berkuasa sedang menyiasat sama ada pembantu rumah itu boleh mewarisi jumlah kekayaan itu serta-merta, lapor Bangkok Post.

Wanita warga Perancis berusia 59 tahun itu ditemui meninggal dunia di kediamannya di pulau Koh Samui, Thailand.

Wanita dikenali sebagai Pa Tim yang berasal dari daerah Wanorn Niwas di wilayah Sakon Nakhon berkata, beliau masih terkejut dan sedih dengan kematian majikannya, Catherine.

“Saya mengenali bos Catherine selama lebih 17 tahun, diperkenalkan kepada puan oleh seorang rakan dan mula bekerja sebagai pembantu di rumah sewanya.

“Puan kemudiannya mengembangkan perniagaannya daripada hartanah sewa kepada resort dan vila, dan saya terus bersama dengannya,” katanya.

Ahli perniagaan Perancis berusia 59 tahun itu didakwa menamatkan riwayat di vila mewahnya pada Khamis, tindakan itu dibuat kerana kesengsaraan menanggung penyakit kanser dihadapinya.

Difahamkan, Catherine ada meninggalkan mesej perpisahan di dalam peti keselamatan.

Surat itu menyatakan bahawa Catherine mewariskan vilanya, kereta mewah, barang kemas, cincin, berlian yang disimpan dalam peti besi, dan semua wang tunai di bank kepada Pa Tim.

Wanita Perancis tersebut turut meminta Pa Tim menjaga tiga ekor kucing kesayangannya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: