6 Kelebihan Menderma Darah Yang Pasti Membuat Anda Terkejut!

Tahu tak derma darah boleh kurus?

  • Setiap tahun, 14 Jun telah diisytiharkan sebagai Hari Derma Darah Sedunia oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, bagi menggalakkan masyarakat menderma darah untuk menyelamatkan mereka yang memerlukan

    • Terdapat banyak kegunaan darah antaranya menyelamatkan nyawa semasa pembedahan, mangsa kemalangan, merawat pesakit leukemia, barah, pesakit jantung, penyakit hati, hemophilia dan lain-lain.

      Dengan menderma darah, anda mungkin mampu menyelamatkan nyawa seseorang kerana hospital sentiasa kekurangan darah dan disebabkan itulah pentingnya buat kita semua, sekiranya layak dan dibenarkan untuk menderma darah, patut menderma darah setiap 3 bulan.

  • Berikut adalah sebab-sebab mengapa anda digalakkan menderma darah:

  • 1. Menderma darah bukan hanya dapat membantu pesakit yang memerlukannya, tetapi dapat menjaga kesihatan si penderma

    • Sebelum menderma darah, petugas perubatan di pusat derma darah akan memberikan anda pemeriksaan kesihatan secara ringkas.

      Mereka akan memberitahu anda beberapa petunjuk penting seperti kumpulan darah, tekanan darah, tahap kolesterol, dan banyak lagi.

      Anda tidak perlu mengunjungi doktor dan membayar untuk mendapatkan pemeriksaan seumpamanya.

      Bukan itu sahaja, darah yang diderma akan ditapis terlebih dahulu untuk mengenalpasti jika terdapat sebarang jangkitan virus, seperti HIV, sifilis, hepatitis dan sebagainya. 

  • 2. Menderma darah mengurangkan risiko sakit jantung bahkan turut membantu dalam menyeimbangkan zat besi di dalam badan penderma

    • Sejak 30 tahun lalu, penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor satu di Malaysia.

      Walau bagaimanapun, dengan menderma darah, anda boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan penyakit jantung.

      Ini kerana penyakit jantung dikaitkan dengan kandungan zat besi di dalam darah anda dan zat besi yang berlebihan akan menjadikan darah anda pekat dan mengakibatkan kerosakan arteri dalam jangka panjang.

      Apabila anda menderma darah, anda mengeluarkan zat besi daripada tubuh anda serta mengekalkan kecairan darah yang sesuai untuk kesihatan arteri anda. 

  • 3. Bukan itu sahaja, menderma darah juga mengurangkan risiko terhadap penyakit kanser

    • Kanser adalah penyakit yang paling ditakuti oleh orang ramai bahkan di malaysia sahaja, jumlah kes kanser didapati semakin meningkat.

      Risiko kanser meningkat setiap kali kita mengambil makanan yang tidak berkhasiat dan menghirup udara yang tercemar akan tetapi dengan menderma darah secara berkala, anda boleh mengurangkan risiko kanser pada bahagian usus, perut, hati dan tekak.

      Mencegah adalah lebih baik daripada merawat dan pencegahan awal bagus bagi mengelakkan sesalan di kemudian hari. 

  • 4. Paling best, menderma darah dapat mengurangkan kalori di dalam badan

    • Adalah suatu mitos bagi yang mengatakan derma darah boleh menambahkan berat badan walhal sebenarnya dengan menderma darah, anda turut mengurangkan alori dalam badan anda dengan hanya berbaring diatas kerusi.

      Kajian mendapati menderma darah dapat membakar 650 kalori dalam badan seseorang dalam satu sesi; membantu penderma mengurangkan berat badan, kekal sihat dan ramping, serta mencegah obesiti.

      Namun begitu, menderma darah ada hadnya di mana penderma hanya boleh menderma sekali dalam tiga bulan, bergantung kepada status kesihatan, hemoglobin darah dan tahap zat besi penderma.

  • 5. Menderma darah dapat menggantikan sel-sel darah yang baru lalu mengekalkan kecergasan dan menjadi perderma lebih produktif dalam melakukan kerja

    • Umpama pepatah 'buang yang keruh ambil yang jernih'.

      Bukan itu sahaja, menderma darah turut mengurangkan jumlah sel darah merah di dalam tubuh anda dan memaksa sumsum tulang untuk menghasilkan sel baru.

      Tubuh anda akan menjadi lebih bertenaga, dapat berfungsi dengan lebih baik dan badan berasa lebih segar!

  • 6. Paling utama, menderma darah dapat menyatukan manusia sejagat

    • Inilah sebab paling utama untuk menderma darah bahawasanya ia mengingatkan kita bahawa sesungguhnya kita semua adalah sama.

      Kepelbagaian budaya dan perbezaan sosial bukanlah menjadi satu faktor apabila berhadapan dengan kecemasan, terutamanya yang melibatkan rawatan perubatan.

      Dengan menderma darah, kita dapat menyelamatkan nyawa tanpa mengira agama, budaya dan juga boleh dianggap sebagai suatu sedekah, dan terdapat pahala dalam bersedekah. 

  • Berikut adalah kriteria untuk menderma darah:

  • Oleh itu, jadikanlah aktiviti menderma darah sebagai satu rutin setiap 3 bulan, kerana banyak manfaat yang boleh diperoleh darinya!

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Boleh baca artikel-artikel kesihatan di SAYS Seismik:

Most-read stories today

Leave a comment