Kerja Syif Dalam Sektor Kesihatan Awam Punca Perceraian Paling Tinggi – CUEPACS

"Kerja sehingga tiga syif menyebabkan tahap kepercayaan terhadap pasangan semakin menipis." – Datuk Azih Muda

Enlarge text
Cover ImageCover image via temudugajururawat.com

Saban hari jumlah kes perceraian semakin meningkat di dalam negara kita. Dan menurut statistik yang dikeluarkan, sebanyak 48,077 kes perceraian melibatkan pasangan beragama Islam direkodkan sejak Januari hingga Julai tahun lalu.

Bagaimanapun, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda, berkata, kerja syif dalam sektor kesihatan awam menyumbang kepada kadar perceraian paling tinggi berbanding sektor pekerjaan awam lain.

"Kerja sehingga tiga syif menyebabkan tahap kepercayaan terhadap pasangan semakin menipis sehingga menjurus kepada perceraian," katanya seperti yang dilaporkan [BH Online](http://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/07/302972/kerja-syif-punca-bercerai-cuepacs).

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda.

Image via The Malaysian Times

Menurutnya, statistik yang mereka peroleh menunjukkan pekerja sektor kesihatan merekodkan kadar perceraian paling tinggi

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan ONLINE

Dalam pada itu, merujuk kepada statistik tahun lalu, Selangor mencatatkan angka tertinggi dalam kes perceraian umat Islam selama tiga tahun

Statistik itu sekaligus meletakkan negeri itu sebagai **'juara carta'**, mengatasi angka negeri lain di negara ini, menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun.

Seperti yang dilaporkannya, Selangor mencatatkan 11,297 kes perceraian pada 2014, diikuti Sabah dengan 7,421 kes dan Johor dengan 5,871 kes perceraian.

Bagi tahun lalu pula menurut Azizah, sebanyak 48,077 kes dicatatkan sehingga Julai dengan angka tertinggi didominasi oleh Selangor dengan angka 7,731 kes.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ini adalah punca penceraian tak munasabah yang berlaku di Selangor:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: