seismik

Kiky Kucing PM Kini Jadi Selebriti Internet. Kucing Ahmad Maslan Pun Nak 'Famous' Sama!

Semoga Kiky sentiasa bahagia bersama Perdana Menteri.

Cover image via SAYS

Anda perasan atau tidak, sejak dulu lagi apa saja yang dimuat naik Perdana Menteri, Najib Razak di media sosial pasti saja akan menerima respon daripada rakyat Malaysia

Respon yang diterima kadang-kadang positif dan kadangkala pula negatif. Bagaimanapun, sejak beberapa hari lalu, laman Twitter miliknya mula dipenuhi dengan komen mencuit hati apabila beliau memuat naik gambar seekor kucing yang dinamakan Kiky.

Nak tahu macam mana wajah kucing tersebut? Nah ini dia!


Gambar itu telah dimuatnaik beliau pada 29 May lalu dan sehingga kini ia mendapat sebanyak lebih 4 ribu retweet di laman Twitter

Jika diperhatikan gambar tersebut, Kiky kelihatan seolah-olah tidak selesa dipegang sedemikian. Respon orang ramai juga sangat melucukan. Macam-macam respon yang dikeluarkan!




Semalam, Najib memuatnaik lagi gambar kucing tersebut. Kali ini kelihatan Kiky keseorangan sahaja.


Wajah kucing tersebut kelihatan muram sahaja. Kata Dato' Seri, Kiky mahu tidur petang dan tidak mahu diganggu.

Sekali lagi netizen tertarik dengan tweet tersebut apabila menerima lebih 8 ribu tweet dan sekali gus menjadi buah mulut orang ramai di laman Twitter.

Kali ni ramai pula yang berpantun.



Ada pula yang cuba memberitahu Kiky 'menjeling' sedemikian disebabkan kejadian tempoh hari




Kemudian satu demi satu respon diutarakan. Adoi mencuit hati betul! :D


Namun, apa yang kami perasan selepas gambar Dato' Seri bersama Kiky menjadi viral, nampaknya Datuk Ahmad Maslan pun cuba melakukan perkara yang sama

Beliau kelihatan memuatnaik gambarnya bersama seekor kucing bernama Buntat.


Mungkin tidak setanding Najib, namun komen dan respon orang ramai tidak kurang lucunya.



Jadi menteri-menteri kita ni memang sukakan kucing agaknya ya? Semoga mereka sentiasa sihat walafiat bersama tuan tercinta.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Bukan saja sayangkan kucing. Dengar-dengar Najib Razak juga suka bersenam:

You may be interested in: