seismik

11 Intipati Penting Rasuah Pembelian Dudley House Oleh MARA Dan Ahli Perniagaan Malaysia

MARA dilaporkan membeli Dudley International House di Melbourne, Australia pada harga yang lebih tinggi sebanyak $4.75 juta dolar. Persoalannya, mana pergi duit selebihnya itu?

Cover image via SAYS.com

1. Pada 2013, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dilapor membeli bangunan Dudley International House di Melbourne, Australia dengan harga $22.5 juta dolar (RM65 juta) menggunakan dana pelaburan kerajaan

Bangunan lima tingkat itu yang terletak di pinggir bandar, East Caulfield, boleh menempatkan sehingga 115 pelajar MARA yang menuntut di Universiti Monash.

Menurut angka kerajaan, seramai 20,000 pelajar Malaysia menuntut di Australia setiap tahun, dan Melbourne merupakan antara destinasi popular.

themalaysianinsider.com

2. Walau bagaimanapun, menurut portal The Age dari Australia, hartanah itu hanya bernilai $17.8 juta dolar (RM51.4 juta) mengikut harga asalnya

3. Persoalan yang timbul adalah kenapa ada nilai tambahan sebanyak $4.74 juta dolar (RM13.7 juta)? Fairfax Media - syarikat media terkemuka di Australia - melancarkan satu siasatan selama 8 bulan bagi mengesan wang yang mencurigakan itu merentasi tiga benua.

Image via www.abc.net.au

4. Menurut sumber, Dudley House merupakan projek usaha sama diantara pemaju hartanah warga Australia Peter Mills dan Chris Dimitriou bersama dua ahli perniagaan Malaysia yang dipercayai bergelar 'Datuk'

Pemaju hartanah warga Australia, Peter Mills.

Image via www.theage.com.au

Kedua-dua ahli perniagaan tersebut, Yusof Gani dan Ahmad Azizi memilih untuk tidak menonjolkan diri di Australia.

Di Malaysia, Gani dan Azizi mempunyai profil yang lebih besar. Setiap seorang telah dikurniakan gelaran Datuk.

Facebook Azizi menunjukkan dia dan dua anaknya, Erwin dan Erwan, bergaul dengan golongan elit serta dikelilingi kereta mewah seperti Porsche dan Ferrari. Erwan juga dikatakan selalu muncul di kelab Porsche Kuala Lumpur.

theage.com.au

5. Memetik dokumen sulit, The Age melaporkan bahawa pembelian Dudley House pada harga $22.5 juta dolar oleh MARA itu telah diusahakan oleh anak Azizi sendiri iaitu Erwan melalui rangkaian kenalan yang ada kaitan dengan institusi kerajaan

Erwan Azizi.

Image via www.theage.com.au

Keluarga Azizi tidak hanya mempunyai dana untuk melabur dalam pembangunan hartanah Australia bernilai berjuta dolar. Mereka juga mempunyai kenalan untuk menawarkan sesuatu yang luar biasa, iaitu penjualan bangunan Dudley House kepada kerajaan Malaysia di pada harga yang lebih tinggi.

theage.com.au

6. Siapakah kenalan yang dimaksudkan? Siasatan mendapati bahawa terdapat dua orang pegawai tertinggi MARA yang terlibat iaitu Datuk Mohammad Lan bin Allani dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Halim bin Rahman.

Ketika dihubungi Fairfax Media, Datuk Mohammad Lan berkata beliau tidak ingat urusan Dudley House, walaupun beliau melawat Melbourne pada bulan Mei tahun lalu untuk memeriksa hartanah tersebut, menurut laman web Konsulat Malaysia.

Apabila ditanya tentang wang sogokan yang pernah dilaporkan sebelum ini, bekas ahli politik itu terus meletak telefon.

theage.com.au

7. Jumlah $4.75 juta dolar itu dipercayai telah dibawa keluar dari Australia dan kemudian dibayar sebagai rasuah di Malaysia bagi memastikan dana akan tiba daripada kerajaan untuk membeli bangunan berkenaan

Gambar sekadar hiasan.

Image via opentoexport.com

Rasuah tersebut dibayar melalui invois palsu yang dikeluarkan kepada pemaju Australia daripada syarikat-syarikat Malaysia. Invois ini menuntut bayaran bagi perkhidmatan yang langsung tidak wujud, termasuk "nasihat profesional" dan "perundingan dan yuran nasihat".

Pemaju hartanah Australia yang terlibat, Peter Mills, tahun lalu mengakui di hadapan mahkamah sivil bahawa $4.75 juta dolar tersebut telah "dibayar secara rasuah semata-mata untuk memeterai perjanjian".

theage.com.au

8. Isu ini pada mulanya dilaporkan oleh John Bond, pekerja yang tidak pernah dibayar untuk kerja-kerja pembinaan Dudley House. Kalau bukan kerana beliau, mungkin tiada siapa yang tahu mengenai perjanjian yang meragukan ini.

Pemilik syarikat tingkap dan pintu, John Bond mendakwa beliau tidak pernah dibayar dalam kerja pembinaan Dudley House.

Image via www.smh.com.au

Apabila John Bond, 53, mendapat pekerjaan lumayan untuk membantu membina Dudley House, beliau bermimpi untuk memperluaskan perniagaannya. Walau bagaimanapun, selepas bekerja beberapa bulan, Bond, bersama-sama dengan kakitangan dan puluhan kontraktor lain perlu menanggung hutang besar mencecah jutaan dolar.

"Mereka [pemaju] kerap melambatkannya. Daripada seminggu menjadi sebulan. Kemudian enam bulan. Dan saya terfikir mesti ada sesuatu yang tak kena di sini. Mereka seolah-olah seperti tidak akan membayar kami," ujar John Bond.

theage.com.au

9. John tidak mempunyai wang dan terdesak. Harapan untuk dibayar bagaimanapun menemui jalan baru apabila nilai hartanah tersebut melonjak. Tetapi...

Harga jualan melambung kepada $22.5 juta dolar sepatutnya meningkatkan kebarangkalian untuk John Bond mendapatkan bayarannya. Tetapi Peter Mills dan Chris Dimitriou berkata syarikat mereka tidak akan mampu membayar pekerja yang membina Dudley House.

theage.com.au

10. Dalam laporan terbaru, Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa menegaskan pembelian Dudley House dilakukan mengikut proses ditetapkan, malah ia diluluskan Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri

Tan Sri Annuar Musa.

Image via www.themalaysianinsider.com

"Urusan pembelian ini bermula sejak 2012 dan pada Mac 2013 ia dibawa untuk mendapat kelulusan MARA dan seterusnya dibawa ke Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri untuk mendapat kelulusan."

"Pastinya perjanjian ini sudah memenuhi proses itu, tetapi apa yang dibangkitkan berkaitan inflated price itu adalah di luar pengetahuan sehingga ia didedahkan," katanya.

themalaysianinsider.com

11. Sementara itu, Annuar berkata MARA diberikan tempoh tujuh hari untuk menyediakan laporan bertulis mengenai urusan pembelian hartanah itu dan akan mengadakan satu mesyuarat khas dalam tempoh dua minggu lagi

"Kita dapat informasi dan kita sedang dalam proses ambil tindakan secara dalaman dan mengerakkan satu penyiasatan audit."

"Sebelum akhbar tersebut siarkan, kita sudah jalankan proses pengauditan dalam MARA di bawah unit integriti yang dipantau oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Laporan akhbar tersebut kita anggap sebagai informasi dan kita akan ambil tindakan lebih tegas dan mendalam."

"Kita beri tujuh hari kepada MARA untuk beri ulasan bertulis dan satu mesyuarat khas akan diadakan 14 hari lagi. Kita akan terus ketatkan prosedur dan proses. Kami serius dan tidak akan sokong tindakan ini dan akan patuhi undang-undang," tegas Annuar Musa.

themalaysianinsider.com

Malangnya, kes rasuah bukanlah perkara baru dalam negara kita:

You may be interested in: