seismik

[MESTI BACA] Jangan Terkejut. Orang Buta Jual Tisu Mungkin Lebih Kaya Daripada Anda

Sama ada mahu beri sedekah atau tidak kepada golongan ini, terpulanglah kepada anda.

Cover image via sinarharian.com.my

Seperti Sedia Maklum, Golongan Cacat Penglihatan Di Negara Kita Memang Cukup Sinonim Dengan Menjadi Tukang Urut, Menyanyi Di Kaki Lima, Menganyam Bakul Atau Menjual Tisu Di Kedai Makan

Menjadi tukang urut, menyanyi di kaki lima, menganyam bakul atau menjual tisu merupakan aktiviti mencari rezeki yang sudah sinonim dengan golongan cacat penglihatan di negara kita.

Namun begitu, hasil pemerhatian mStar Online selama beberapa minggu telah mendapati, dalam semua aktiviti tersebut, menjual tisu merupakan yang 'paling lumayan' dan paling mudah memperoleh wang.

mstar.com.my

Menurut Laporan, Aktiviti Menjual Tisu Mampu Mengaut Pendapatan Bersih Lebih RM2,500 Sebulan Sedangkan Lain-Lain Pekerjaan Seperti Tukang Urut, Penjual Kerepek Atau Bakul Sekitar RM1,500 Hingga RM1,800

Percaya atau tidak, dalam semua pekerjaan yang biasa dibuat oleh orang buta, kerja menjual tisu adalah yang paling senang dan mendapat hasil 'kencang'.

Angka itu belum lagi diambil kira bantuan yang diperoleh secara bulanan dan tetap daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu sekitar RM150 hingga RM300.

Malah jika penjual tisu ini rajin menjalankan aktiviti mereka sehingga ke luar ibu kota, pendapatan bulanan mereka adalah lebih dari itu.

kualalumpurpost.net

Lebih Menarik, Mereka Turut Menggunakan Beberapa Istilah Seperti 'Menangguk' Atau 'Mengetin' Bagi Menggambarkan Aktiviti Mencari Rezeki Atau Pekerjaan Masing-Masing

Bagi aktiviti menjual tisu, gelarannya agak pelik, iaitu 'menangkap' manakala bagi pengiring mereka yang celik, ia dipanggil 'penarik'.

Istilah lain yang wujud termasuklah 'mengetin' (menyanyi di kaki lima), 'menangguk' (seorang diri jual tisu atau kacang) dan 'Halo Cik'(jual kerepek).

sayangsabah.com

Hasil Besar Yang Diperoleh Menjadikan Mereka Bukan Sahaja Mampu Mengupah Pengiring Yang Celik Malah Turut Mampu Menggaji Pemandu Peribadi

"Orang buta tak boleh 'menangkap' seorang diri, jadi mereka upah 'penarik'. Kumpulan ini adalah yang paling banyak memperolehi pendapatan di kalangan semua aktiviti golongan cacat penglihatan malah mengatasi jumlah pendapatan tukang urut."

"Mereka mampu bayar penarik dan ramai juga sekarang yang sudah mula mengupah pemandu untuk bergerak lebih jauh atau 'out-station'," dedah seorang daripada mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Mazlan.

mstar.com.my

Pemandu Peribadi Ini Dikatakan Membawa Si Penjual Tisu Ini Ke Merata-Rata Tempat Malah Ke Luar Kuala Lumpur Seperti Johor, Negeri Sembilan Dan Kedah

Bercerita lebih lanjut mengenai pemandu yang diupah, Mazlan berkata kebanyakan mereka dipertanggungjawabkan untuk membawa si penjual tisu dan pengiring ke lokasi-lokasi tertentu yang dianggap sebagai 'lubuk emas'.

Menurutnya, sejak akhir-akhir ini ramai pemandu diminta supaya mengembangkan kawasan tangkapan oleh si penjual tisu yang bertindak sebagai bos mereka.

"Mereka kini meminta pemandu membawa mereka pergi 'menangkap' di luar Kuala Lumpur seperti ke Johor, Negeri Sembilan atau Kedah. Persaingan di Kuala Lumpur adalah tinggi dan masyarakat semakin berkira-kira untuk bersedekah kerana saban hari diganggu oleh penjual tisu," katanya lagi.

sayangsabah.com

Difahamkan, Si Penjual Tisu, Si Penarik Dan Si Pemandu Ini Masing-Masing Telah Bersetuju Untuk Mengagihkan 'Hasil Tangkapan' Secara Sama Rata

"Kalau dapat RM300 sekali keluar, duit itu akan dibahagi tiga iaitu untuk penjual, pengiring dan pemandu," katanya lagi.

Di ibu kota, kawasan yang sering menjadi tumpuan mereka ialah Bangsar, Bukit Bintang, Chow Kit, Danau Kota dan Kampung Baru. Kawasan-kawasan ini mempunyai kawasan tumpuan gerai makan dan medan selera yang popular dan banyak.

Mazlan menambah, perkara itu diketahui daripada rakan-rakannya yang kebanyakannya menjalankan aktiviti tersebut dan tanpa segan-silu bercerita mengenai pendapatan 'mewah' mereka dengan mudah.

Tambahnya, selain mempunyai 'pemandu', hasil lumayan mereka juga biasanya diterjemah melalui gaya hidup yang lebih senang, termasuklah telefon bimbit pintar.

kualalumpurpost.net

Sementara Itu, Seorang Lelaki Yang Dikenali Sebagai Pak Ali Mengakui Bayaran Yang Diterimanya Selama Menjadi Pemandu Kepada Orang Buta Ini Mampu Menampung Kos Sara Hidup Keluarga

Pak Ali menambah, kebiasaannya dia dibayar antara RM60 hingga RM150 setiap kali membawa orang buta 'menangkap' dan pengiraan akan dilakukan bersama-sama dalam kereta selepas selesai aktiviti 'menangkap'.

"Selama saya buat kerja ini belum pernah timbul masalah tentang bayaran. Pernah juga saya terfikir mereka (penarik dan orang buta) mungkin berpakat tipu saya tapi saya rasa perkara itu tak berlaku. Saya percaya mereka."

"Kalau menangkap tempat yang dekat-dekat mereka naik LRT atau teksi sahaja, lebih murah kosnya. Tapi kalau mereka mahu pergi jauh, mereka akan telefon saya dan minta saya menjemput dan menghantar mereka ke lokasi tertentu," ujarnya.

"Kalau boleh mereka mahu elak daripada bertembung dengan rakan-rakan lain yang menjalankan aktiviti yang sama. Kalau terlalu ramai orang jual tisu di satu tempat atau restoran yang sama, sudah tentulah hasil pendapatan kurang memuaskan. Sebab itu sekarang saya sering diajak pergi jauh sedikit seperti ke Selayang, Gombak atau Ampang," katanya.

mstar.com.my

Mengenai Lokasi Menangkap, Pak Ali Berkata Pemilihan Lokasi Perlu Dibuat Dengan Tepat Bagi Memastikan Orang Buta, Pengiring Dan Pemandu Tidak Pulang Dengan Tangan Kosong

"Kalau boleh mereka mahu elak daripada bertembung dengan rakan-rakan lain yang menjalankan aktiviti yang sama. Kalau terlalu ramai orang jual tisu di satu tempat atau restoran yang sama, sudah tentulah hasil pendapatan kurang memuaskan. Sebab itu sekarang saya sering diajak pergi jauh sedikit seperti ke Selayang, Gombak atau Ampang," katanya.

Dalam pada itu, Pak Ali turut mengakui dia sendiri pernah ditawarkan oleh orang buta untuk pergi ke Johor dan Melaka.

"Tetapi saya tolak sebab keadaan kereta saya yang tidak mengizinkan. Setakat Kuala Lumpur dan Lembah Klang tak ada masalah nak bawa mereka," katanya.

kualalumpurpost.net

Kalau Orang Buta Boleh Dapat RM2,500 Sebulan, Bagaimana Pula Dengan Orang Yang Jual Mercun Semasa Musim Perayaan?

You may be interested in: