seismik

Netizen Mahu Khairy Jadikan Bront Palarae Sebagai Pengulas 'Final' Bola Sepak Sukan SEA

Ini menunjukkan lakonan Bront dalam Ola Bola benar-benar berkesan.

Cover image via SAYS

Kemenangan Malaysia dalam semi final menentang Indonesia Sabtu lalu telah melayakkan Malaysia ke perlawanan akhir menentang Thailand, Selasa ini

Dengan skor 1-0, jaringan tunggal penyerang negara, N. Thanabalan pada aksi separuh akhir di Stadium Shah Alam menyebabkan seisi stadium bergema dengan sorakan kegembiraan dari penyokong-penyokong bola sepak tanah air.

Skuad negara bimbingan Datuk Ong Kim Swee akan bertemu Thailand dalam pentas final di Stadium Shah Alam, Selasa ini.

Seperti biasa kemenangan pasukan bola sepak itu mendapat sambutan hangat oleh netizen. Berita gembira tersebut dikongsi di media sosial termasuklah laman Twitter.

Namun, kali ini orang ramai menyimpan satu hasrat dan menginginkan YB Khairy Jamaluddin untuk merealisasikan hasrat tersebut menjelang perlawanan akhir nanti.

Orang ramai berharap agar pelakon lelaki terkenal, Bront Palarae, dapat menjadi pengulas bagi perlawanan akhir tersebut. Tetapi mengapa pula Bront Palarae?

Masih ingat lagi watak Rahman yang dipegang oleh Bront Palarae dalam filem Ola Bola? Kali ini, orang ramai ingin watak tersebut betul-betul 'hidup' di perlawanan yang sebenar dan bukan lagi di dalam filem semata-mata

Idea tersebut disampaikan oleh seorang pengguna Twitter, Along Pinot melalui tweet-nya pada malam kemenangan pasukan Malaysia, Sabtu lalu.

"Kami mahu Bront Palarae menjadi pengulas final Sukan Sea. Tolonglah jadikan ia realiti Khairy Jamaluddin," tulisnya.

Sehingga kini tweet tersebut telah diulang kicau (retweet) sebanyak lebih 32 ribu kali dan rata-rata netizen menyokong idea tersebut.

Idea tersebut juga telah disokong oleh pelakon wanita terkenal, Sharifah Amani

Bagaimanapun sesetengah netizen tidak bersetuju dengan idea tersebut kerana apa yang dilakukan Bront dalam Ola Bola adalah sekadar lakonan yang memerlukannya menghafal skrip yang diberikan.

Pada mereka, untuk menjadi pengulas sukan bola sepak negara, pengetahuan mengenai bola sepak tanah air perlulah meluas.

Namun, menerusi laman Twitter miliknya, Bront seolah-olah memberi hint bahawa dia tidak bersetuju dengan idea tersebut. Bront telah mengicau semula (retweet) respon seorang pengguna Twitter mengenai idea tersebut

Dan semalam, dalam laporan mStar, Bront memberitahu, dia tidak merasakan dirinya layak menggalas peranan itu kerana masih ramai pengulas sukan berpengalaman dan berkaliber untuk melakukan tugas itu.

"Itu pendapat orang ramai sahaja dan saya pun hanyalah seorang pelakon tetapi saya ambil cadangan itu sebagai satu pujian.

"Ia juga bukti lakonan saya dalam Ola Bola sebenarnya menjadi dan untuk menggalas tanggungjawab itu rasanya ia tidak logik," katanya.

mstar.com.my
Image via Astro Shaw

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: