seismik

"Orang Melayu Semakin Lupa Daratan" - Sultan Perak

"Hari ini maruah bangsa semakin diaibkan dengan perbuatan rasuah, pecah amanah, penipuan dan salah guna kuasa. " - Sultan Perak, Sultan Nazrin.

Cover image via Malay Mail

Satu teguran dibuat oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin semalam terhadap segelintir orang Melayu yang baru mula menikmati kejayaan kecil berbanding kaum lain tetapi menunjukkan sifat-sifat lupa daratan

Baginda menyifatkan sikap seperti itu ibarat mengulangi budaya kehidupan pada era prapenaklukan Melaka oleh Portugis yang hanyut dalam perlumbaan kebendaan dan semakin mabuk dilambung gelombang persaingan kuasa.

Sultan Perak, Sultan Nazrin

Image via Sinar Online

"Dibimbangkan kekayaan yang baru berada dalam pegangan Melayu mungkin berakhir dalam tempoh masa yang singkat selagi orang Melayu lebih tertarik dengan budaya berbelanja mewah untuk mencerminkan imej sosial...berbanding menabung dan melabur untuk membina aset bangsa yang lebih besar bagi jangka masa panjang," titah baginda ketika merasmikan Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Ipoh semalam.

sinarharian.com.my

Di samping itu, Sultan Nazrin bertitah orang Melayu kini berada dalam perlumbaan menconteng arang sesama sendiri. Masing-masing sedang ghairah menepuk air di dulang, dan terpercik ke muka sendiri.

Baginda menasihati dalam kesyukuran mencipta kejayaan, orang Melayu tidak boleh mengambil ringan perbuatan salah laku sebahagian anak bangsanya. Ia laksana anai-anai yang boleh meruntuhkan bangsa.

Sultan Nazrin menarik perhatian bahawa dasar-dasar murni yang digubal untuk membantu Melayu, tidak tercapai sepenuhnya kerana terbukti berlaku ketirisan secara besar-besaran.

"Hari ini maruah bangsa semakin diaibkan dengan perbuatan rasuah, pecah amanah, penipuan dan salah guna kuasa. Sewajarnya bangsa berwaspada dengan titik-titik nila yang akan memusnahkan susu sebelanga," titah baginda.

sinarharian.com.my

Selain itu, baginda bertitah bangsa Melayu yang terus bercakaran sesama sendiri tidak akan menjadi bangsa yang kuat. Umat Islam yang terus berkonflik tidak akan berupaya menjunjung ketinggian Islam.

"Semoga ALLAH mengukuhkan kekuatan dalaman umat Melayu untuk cekal menjalankan yang makruf dan gigih mencegah yang mungkar serta ditunjukkan jalan yang mendapat keredaan-NYA," titah Sultan Nazrin

Sumber: Sinar Online

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Hangat di SAYS:

You may be interested in: