'Baik Tak Payah Bagi Free!' - Ramai Bengang Vaksinasi HPV Dari LPPKN Selalu Habis Stok

Ramai yang telah mendapat suntikan pertama tidak dapat meneruskan suntikan kedua kerana kehabisan stok.

  • Februari lalu, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah melancarkan Program Vaksinasi HPV Untuk Wanita yang akan diberikan secara percuma

    • LPPKN akan memberi suntikan Vaksinasi HPV secara percuma kepada wanita warganegara Malaysia atau penduduk tetap yang lahir pada tahun 1990 hingga 1996 dan belum pernah berkahwin.

      Wanita berusia 21 hingga 27 tahun pada tahun ini boleh mendaftar untuk program vaksinasi ini di mana-mana cawangan Klinik Nur Sejahtera LPPKN di seluruh negara.

      says.com

  • Sesiapa yang mendaftar akan menerima tiga suntikan vaksin HPV dalam tempoh enam bulan

    • Suntikan pertama dan kedua akan diberi dalam tempoh sebulan yang pertama, manakala suntikan ketiga akan diberi dalam tempoh enam bulan selepas suntikan pertama.

      says.com

  • Namun, ramai orang mendapati bahawa vaksin HPV ini selalu kehabisan stok. Bagi mereka yang telah menerima suntikan pertama, suntikan kedua tidak dapat diteruskan.

    • Ramai mendakwa pihak LPPKN tidak dapat memberi suntikan kedua yang sepatutnya diterima dalam tempoh sebulan dari suntikan pertama. Alasan yang diberi hanya satu; kehabisan stok.

      Bagi yang sudah menerima suntikan pertama, mereka menganggap bahawa perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana mereka wajib mendapat suntikan kedua dalam tempoh sebulan seperti yang dijanjikan.

      says.com

  • Seorang wanita yang enggan mendedahkan identitinya berkongsi pengalaman bagaimana dia dan kakaknya perlu berhadapan dengan isu ini berkali-kali

    • Menurutnya, selepas mendapat tahu wanita yang lahir dari tahun 1990 hingga 1996 layak menerima vaksin HPV secara percuma, dia dan kakaknya segera membuat temujanji dengan Klinik Nur Sejahtera LPPKN. Pada mulanya, segalanya berjalan lancar. Mereka berdua menerima dos pertama pada 6 Mac 2017 di LPPKN Universiti Malaya.

      says.com

      • 1e52 Image via SAYS
        Kad temujanji vaksinasi HPV.
    • "Untuk dos kedua, kami sepatutnya perlu hadir pada 10 April 2017. Walau bagaimanapun, saya menerima panggilan dari LPPKN UM pada minggu pertama bulan April yang mengatakan dos kami terpaksa ditangguhkan sehingga bulan Mei. Mereka memberitahu saya bahawa vaksin HPV telah kehabisan stok dan pembekal gagal menghantar stok tepat pada masanya.

      "Selain itu, mereka menggesa kami untuk menghubungi mereka terlebih dahulu pada minggu pertama bulan Mei untuk mereka menyemak sama ada vaksin HPV ini masih ada stok," katanya.

      says.com

  • Tetapi tiba bulan Mei, pihak LPPKN meminta mereka menelefon lagi pada bulan Jun, dan perkara sama turut berulang sebulan kemudian

    • "Saya lakukan apa yang mereka suruh. Saya hubungi mereka pada hari kedua bulan Mei, tetapi mereka meminta saya menelefon semula pada Jun. Dan bila tiba bulan Jun, mereka minta saya hubungi sekali lagi pada Julai.

      "Tindakan ini sangat tidak bertanggungjawab. Mereka langsung tidak memberi sebarang tarikh atau penjelasan yang tepat. Malah mereka memberitahu saya untuk pergi ke kampung kerana stok masih boleh didapati di kawasan luar bandar.

      "Menurut maklumat yang tertera di laman web LPPKN, dos kedua harus diberikan SATU BULAN selepas dos pertama. Jika gagal, vaksin ini tidak akan berkesan sama sekali. Jelas sekali kami perlu memulakan kitaran dos baru sekali lagi kerana kelewatan ini. Saya sangat kecewa," ujarnya lagi.

      says.com

  • Vaksinasi HPV ini bagaimanapun mempunyai kuota penerima yang terhad iaitu kepada 30,000 orang sahaja dan berdasarkan pada 'first come first serve basis'

    • Maksudnya, mereka yang sudah menerima suntikan pertama adalah antara 30,000 wanita yang terawal mendaftar dan sepatutnya akan menerima tiga suntikan lengkap.

      Apa yang membingungkan, jika mereka termasuk dalam kuota 30,000 tersebut, kenapa suntikan kedua tidak dapat diberikan kepada mereka?

      "Saya dapati bahawa vaksin HPV ini mempunyai kuota. Tapi, jika kuota telah dipenuhi, kenapa mereka membenarkan kami membuat temu janji dan memberi kami dos pertama? Kenapa kami kena tangguhkan dos kedua dan ketiga?

      "Mereka sepatutnya lebih awal lagi sudah memaklumkan bahawa kuota itu telah penuh. Kami rasa tertipu sebab kami dijanjikan dengan kesemua 3 suntikan pada temujanji pertama. Sekarang apa dah jadi?

      "Dalam kes ini, LPPKN telah gagal menunaikan janji mereka. Apa guna beri vaksin percuma kalau tak mampu nak tepati janji," tegasnya.

      says.com

  • Wanita tersebut percaya bukan mereka sahaja yang telah menjadi "mangsa" LPPKN. Menerusi komen di FB, nampaknya ramai yang mengalami nasib yang sama.

  • Mei lalu, LPPKN Perlis mengeluarkan satu kenyataan mengatakan stok hanya akan tiba pada bulan Julai

    • Dan sehingga kini, masih belum ada apa-apa info terbaru daripada pihak LPPKN terhadap isu ini.

      says.com

  • Adakah anda juga salah seorang mangsa? Kongsikan kepada kami di ruangan komen di bawah.

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Orang-orang wilayah dah apply Kad Ceria ni ke belum?

Leave a comment