Pasukan Korea Selatan Dibaling Telur, Hampir Terkena Son Heung Min Ketika Berucap

Tak sangka mereka mendapat layanan buruk.

  • Masih ingat lagi gol epik jaringan Son Heung Min menentang Jerman ini minggu lepas?

  • Pasukan Korea Selatan dijulang sebagai wira apabila berjaya mengalahkan pasukan Jerman dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan di Piala Dunia 2018

    • Pasukan Jerman tersingkir awal setelah tewas 0-2 hasil jaringan Kim Young Gwon pada minit ke-92 dan Son Heung Min pada minit ke-96.

  • Walaupun pasukan Korea Selatan turut tersingkir, kemenangan itu ternyata bersejarah buat mereka

    • Pasukan Korea Selatan mencatat sejarah apabila menjadi pasukan Asia pertama yang menewaskan juara bertahan di Piala Dunia, satu rekod yang dilihat begitu besar dan sukar dicapai oleh pasukan lain.

      Sekurang-kurangnya, kemenangan itu dapat mengukir senyuman kepada para pemain dan dapat membekalkan mereka dengan sesuatu yang positif untuk dibawa pulang daripada kejohanan.

  • Namun begitu, tanpa disangka, pasukan Korea Selatan menerima layanan yang buruk daripada segelintir penyokong sebaik sahaja tiba di negara mereka

    • Mereka mungkin mendapat sanjungan peminat bola sepak di seluruh dunia, tetapi kepulangan mereka ke negara sendiri tidak seperti yang diharapkan.

      Walaupun ketibaan mereka disambut meriah, segelintir penyokong telah mencemarkan keadaan apabila bertindak membaling telur dan bantal dengan logo 'Union Jack' kepada para pemain.

    • Penyokong-penyokong ini tidak gembira kerana pasukan Korea Selatan tidak mampu pergi lebih jauh dalam kejohanan.

  • Malah, ketua pasukan Son Heung Min hampir terkena telur yang dibaling ketika memberi ucapan

    • Raut wajahnya ternyata sedih dengan kejadian tersebut. Beliau bagaimanapun memohon maaf kepada peminat kerana tersingkir awal dan tidak dapat memenuhi janji.

    • "Terima kasih kepada anda semua yang datang hari ini. Saya minta maaf kepada peminat kami kerana tidak memenuhi janji kami untuk melangkah ke peringkat kalah mati.

      "Tetapi saya fikir kita semua dapat melihat harapan dari kemenangan ke atas Jerman. Namun kami tidak akan terbawa-bawa dengan kejayaan itu, dan kami akan terus bekerja keras," kata Son Heung Min.

  • Selepas berita ini tersebar, netizen terkejut dengan tingkah laku segelintir rakyat Korea Selatan tersebut dan masing-masing menganggap ianya sangat memalukan

  • Sokongan yang diterima pasti akan membangkitkan semangat pasukan Korea Selatan apabila kembali beraksi di Piala Asia 2019 pada Januari nanti

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Perlawanan menentang Jerman minggu lepas memang epik!

  • Lagi tentang Piala Dunia 2018:

Most-read stories today

Leave a comment