[VIDEO] Geng Tarik Kereta Muncul Tiba-Tiba, Pemilik Kenderaan Nekad Rempuh & Loloskan Diri

Janganlah terus serang. Tanya elok-elok.

  • Cover image via SAYS
  • Beberapa hari yang lalu, tersebar di media sosial video seorang pemandu Proton Saga yang nekad mengundurkan kereta dan merempuh kenderaan yang berada di belakangnya

    • Kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 4.30 petang itu terjadi di sebuah kedai pendingin hawa di Rawang Mutiara, petang Khamis yang lalu. Geng tarik kereta dikatakan menghalang sebuah kereta Proton Saga FLX milik seorang lelaki yang sedang diselenggara.

      Video berdurasi selama seminit yang dirakam salah seorang penarik kereta itu menyaksikan pemilik Proton Saga yang nekad mengundurkan kereta sehingga merempuh kereta Proton Wira milik penarik kereta berulang kali.

      Malah, jelas kedengaran jeritan seorang perempuan dipercayai isteri kepada lelaki terbabit yang meminta lelaki berkenaan menghentikan tindakan itu.

      Selepas beberapa kali merempuh kenderaan milik penarik kenderaan itu, kereta Proton Saga FLX itu berjaya meloloskan diri dari lokasi berkenaan.

      Rempuhan tersebut menyebabkan kereta Proton Wira itu kemek pada bahagian hadapan dan tepi sebelah kiri.

      says.com

    • Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, pihaknya sudah pun menerima laporan daripada kedua-dua pihak berhubung kejadian itu.

      "Pemilik kereta Proton Saga FLX memaklumkan keretanya dihalang dari belakang sebelum dua daripada lima lelaki menghampirinya dan mahu merampas kunci kereta tanpa memperkenalkan diri.

      "Berdasarkan laporan, lelaki itu terkejut dan takut dengan tindakan dua lelaki yang tidak dikenali itu dan bertindak mengundurkan kereta untuk melarikan diri," katanya.

      Beliau berkata, tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 506 dan 427 Kanun Keseksaan.

      hmetro.com.my
    • Kes Tarik kereta.. mengamuk lelaki itu

      Posted by Kaki Share on Thursday, 21 September 2017
  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Sebab itulah jangan parkir sesuka hati:

Leave a comment