[VIDEO] "Pergi Jahanam!" - Diva AA Sound Sheila Majid Kerana Tweet Tentang Kos Sara Hidup

Azwan Ali serang Sheila Majid kerana terlalu lantang.

  • Baru-baru ini, artis legenda terkenal Datuk Sheila Majid menyuarakan kekecewaannya terhadap nilai mata wang Ringgit yang lemah, kos sara hidup yang tinggi, dan kekurangan peluang pekerjaan di laman Twitter

    • Digelar Ratu Jazz Malaysia, tweet beliau telah viral di laman tersebut setelah mendapat lebih daripada 24,000 retweets.

  • Tanpa disangka-sangka, pengacara TV Popular, Azwan Ali telah mengecam Datuk Sheila Majid atas tindakan beliau yang menyuarakan pendapat

  • “Ia (kenyataan Sheila) tidak akan jejaskan BN. Najib tidak perlu artis sangkak untuk menang pilihan raya. Najib adalah nama yang terlalu besar, apalah sangat dengan artis sangkak,” katanya.

    • Ini adalah kenyataan yang dikeluarkan Azwan Ali ketika ditemubual oleh wartawan Malaysia Kini.

      “Bila dia meroyan seperti itu, itu merosakkan generasi baru. Anda (Sheila) kononnya artis besar, kalau kau berjaya, kau ada datuk, kaya raya, ada pengikut berjuta bukankah kerana kerajaan? Go to hell (pergi jahanam).

      “Saya rasa zaman dia sudah jatuh, bila lagi hendak popular, tetapi tidak boleh lawan Azwan Ali punya viral.

      “Dia sebagai seorang berpengaruh, seorang diva harus menggunakan sedikit common sense dengan situasi tidak perlu beremosi. Bila orang hormati dia, dia buat kenyataan sedemikian, ia membunuh diri,
      ” kata Azwan Ali.

  • Tonton video Azwan Ali di bawah:

  • Kenyataan Sheila Majid dikatakan muncul selepas Fathia Latiff turut mengemukakan isu yang sama di laman Twitter

    • Menerusi twitter, Fathia Latiff dengan lantang terus membela bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad apabila Tun bakal berdepan dengan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan kerugian Bank Negara sekitar tahun90-an yang tidak memihak kepada beliau.

    • Ada yang bersetuju dengan pendapatnya namun ada juga yang mengecam. Namun, Fathia tetap teguh dengan pendiriannya untuk menyuarakan pendapat.

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Bukan Azwan Ali je dah masuk politik, Dira Abu Zahar pun sama:

Leave a comment