seismik

Isu 'Admin WhatsApp Boleh Dipenjara' Jadi Bahan Troll Orang Ramai. Geli Hati Kami Baca!

Baik letak jawatan sekarang.

Cover image via SAYS

Ini bukanlah gurauan ataupun berita palsu, anda mungkin dipenjara atas kesalahan ini

Image via BuzzFeed

Berita ini telah mula tersebar sejak semalam lagi apabila ramai netizen berkongsi keratan akhbar dari Berita Harian di bawah

Image via blogspot.com

Bila terdengar berita ini, bunyinya seperti tidak serius tetapi hal ini bukanlah gurauan. Admin WhatsApp kini mempunyai tanggungjawab yang besar jika gagal menghalang penyebaran maklumat palsu dalam group chat mereka.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, beliau berkata tindakan undang-undang sedia ada di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh dipertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap admin terbabit.

Datuk Jailani Johari.

Image via New Straits Time

"Tidak kira maklumat palsu, tidak sahih atau bertujuan memfitnah, pentadbir bertanggungjawab terhadap ahlinya. Sekiranya terbukti individu (pentadbir) terbabit secara langsung atau membiarkan maklumat palsu itu disebar secara sengaja, dia akan dikenakan tindakan," katanya lagi.

Jadi apakah antara perkara yang boleh membuatkan admin WhatsApp dipenjara?

Bagi undang-undang ini, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan admin WhatsApp dipenjara atas kecuaian mereka dalam mentadbir kumpulan tersebut. Antara perkara yang dikatakan itu ialah:

1. Menyebar maklumat palsu sehingga dapat mengancam keselamatan negara.

2. Menyebar maklumat berunsur fitnah ataupun tidak sahih.

3. Melakukan penipuan dan bersumberkan bukan dari pihak berkuasa.

4. Pendedahan komunikasi yang dilarang di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Admin WhatsApp perlulah mengambil tahu tentang semua isi maklumat yang dikongsikan di dalam kumpulan chat mereka. Sekiranya didapati ahli mereka menghantar maklumat yang mempunyai unsur-unsur seperti perkara di atas, admin wajib menegur dan menghalang maklumat itu daripada tersebar.

Sejak berita ini keluar semalam, Harry pun dah tak sanggup nak jadi admin sampai terus leave group sepantas kilat!

Image via MGAG/Facebook

Harry Potter yang ada kuasa pakai tongkat sihir pun takut weh!

Takut nak masuk lokap sorang-sorang, admin terus kongsi jawatan dengan semua ahli. Ini baru dinamakan bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!

Image via Facebook

Yang berat sama dipikul, yang ringan dijinjing sama.

Perbualan dalam lokap mungkin akan berbunyi begini pada masa akan datang. Hmm..

Image via Twitter

Cuba bayangkan korang betul-betul kena masuk lokap sebab jadi admin WhatsApp. Tak rasa sedih ke?

Kalau admin ada dalam group yang baik-baik, maka terselamatlah dia. Tengok tu, Tan Sri Khalid pun approved.

Image via Twitter

Ketua Polis Negara sendiri dah luluskan. Say bye bye to penjara!

Orang dah kata, benda macam ni mana boleh buat main. Kan dah kena marah!

Takpe, sat lagi pujuklah balik. :P

Kat India dah pernah jadi. Adakah Malaysia bakal menyaksikan tragedi berdarah hanya kerana WhatsApp?

Image via Blogspot

Fuuhh, ganas! Minta dijauhkan dari segala malapetaka. Hati-hati ya para admin sekalian.

Daripada kena penjara, lebih baik admin kena belanja Pizza kan? Kalau Dominos yang mentadbir negara mungkin undang-undang ni boleh jadi kenyataan.

Tapi ada syarat, admin WhatsApp tu kena cun. Emmm, kalau tak cun macam mana ya?

Memang kreatif lah orang kita ni. Kongsikan troll anda yang tersendiri di ruangan komen di bawah.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dah update WhatsApp, jom update kalendar pulak!

You may be interested in: