seismik

Lakukan 11 Perkara Ini Untuk Hari Raya Yang Lebih 'Best' Dan Lebih Bermakna

Kalau setiap tahun buat benda sama je bosan jugak, kan? Apa kata 'upgrade' Hari Raya anda dengan 11 perkara bermanfaat ini untuk Aidilfitri yang lebih bermakna.

Cover image via Farouq Johari

1. Letak telefon jauh-jauh and be offline

Terutamanya masa makan. Luangkan masa yang ada tu dengan bersembang dan bertanya khabar.

Image via Farouq Johari

2. Puji pakaian atau rupa seseorang dengan ikhlas

Pujian paling simple seperti "Awak nampak cantik hari ni" atau "Cantiknya baju awak!" sudah cukup untuk membuat seseorang happy.

Image via Farouq Johari

3. Jangan hanya tahu makan. Belajar masak dan ambil tahu resipi rahsia saudara mara.

Ayam Masak Merah yang Mak Long selalu buat tu terlalu lazat? Dah tiba masanya untuk belajar dan dapatkan resipi rahsia Mak Long.

4. Main bunga api

Serlahkan aura kebudak-budakan yang dah lama tersimpan dalam diri anda dengan bermain bunga api. Kalau main dengan kanak-kanak lagi best.

Image via Farouq Johari

5. Buat video call untuk kawan-kawan yang terpaksa beraya overseas

Bukan senang nak beraya tanpa mak ayah dan ahli keluarga di sisi. Sekurang-kurangnya, call lah kawan-kawan tu dan ceriakan hari mereka. Barulah BFFAETJ! (Best Friend Forever And Ever Till Jannah)

Image via Serene Gan

6. Ziarah kubur kenalan yang dah lama kita tak pergi

Kalau bukan sebab Hari Raya, peluang untuk pergi menziarah kubur memang tipis. Apa kata ambil masa dan inisiatif untuk ziarah kubur kenalan masa Raya ni. Kan lebih baik. :)

Image via islamidia.com

7. Bagi Duit Raya kat budak-budak, sikit pun jadilah

Masukkan RM1 dalam sampul dan berikan pada kanak-kanak yang ziarah ke rumah. Confirm mereka akan tersenyum lebar dapat Duit Raya!

Image via Farouq Johari

8. Berborak dengan datuk dan nenek tentang kehidupan

Mereka dah hidup lama. Jadi, tentulah mereka ada banyak pengalaman yang berguna untuk kita praktikkan dalam hidup.

Image via Farouq Johari

9. Peluk mak ayah dan tengok pada kedutan yang ada pada kulit mereka

"While we are busy growing up, we often forget our parents are growing old too"

Sedarlah anak-anak, ibu bapa kita semakin hari semakin tua. Peluklah mereka, kucuplah mereka, dan hargailah mereka.

Image via Farouq Johari

10. Kumpulkan semua family dan ambil gambar ramai-ramai

Bukan selalu dapat berkumpul, kan? Setahun sekali je boleh dapat moment macam ni.

Image via Farouq Johari

11. Ambil gambar raya yang epik dengan sepupu-sepupu!

Ambil gambar dengan pose yang sama, lepas tu boleh tengok perbezaan pada gambar lama dan gambar baru. Serius seronok!

Image via Farouq Johari

Abadikan segala kenangan terindah ketika Hari Raya ini dengan kamera mirrorless Canon EOS M10

Image via pcpop.com

Kamera mirrorless ini memang sesuai untuk dibawa ke mana-mana kerana saiznya yang kompak dan ringan. Walaupun bersaiz kecil, kualiti gambar yang dihasilkan melalui lensa 18-megapixel pada kamera ini sememangnya menakjubkan.

Canon EOS M10 mempunyai sensor APS-C yang mampu menghasilkan gambar DSLR gred tinggi yang sangat sempurna buat mereka yang tidak mempunyai pengetahuan mendalam tentang fotografi.

Image via Canon

Bukan sekadar mempunyai variasi creative shooting modes dan paparan skrin yang boleh dicondongkan ke atas untuk mengambil selfie, Canon EOS M10 turut serasi dengan lebih 70 kanta keluaran Canon yang lain apabila dipasangkan dengan Mount Adapter EF-EOS M.

Ia juga mempunyai skrin sentuh yang mesra pengguna dan senang digunakan. Selain itu, nak muat naik gambar ke sosial media pun senang. Transfer sahaja gambar menggunakan fungsi wifi yang terbina dalam kamera ini terus ke telefon anda.

Image via cloudfront.net

Sempena Raya, Lazada menawarkan diskaun RM20 bagi setiap pembelian Canon EOS M10 di laman web mereka

Image via fotoradce

Gunakan kod promo Canon20 dan dapatkan diskaun hebat ini di laman web Lazada sekarang. Selagi stok masih ada!

Lebih menarik, Canon kini bekerjasama dengan Pokémon untuk mempromosikan kamera EOS M10 yang didatangkan dengan 'Pikachu Shoulder Plush' sebagai teman pengembaraan anda yang sempurna. Ketahui lebih lanjut di sini.

Image via fbcdn.net

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kamera keluaran Canon memang hebat!