Polis Tahan 9 Pelajar Terlibat Dalam Video Belasah Rakan Ketika Sambutan Hari Lahir

Kejadian berlaku pada Februari lalu.

  • Sejak beberapa hari lalu, viral sebuah video menunjukkan sekumpulan pelajar membelasah seorang rakan sebagai "hadiah" menyambut hari lahir

    • Manurut maklumat polis, kejadian tersebut berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong, Shah Alam dan telah dirakam pada Februari lepas.

      Seorang pelajar dalam video itu dilihat seperti "merelakan" dirinya dibelasah oleh rakan-rakan sebagai tanda hadiah hari lahir.

      Saksikan di bawah:

    • hari jadi kena belasah.

      TRADISI MELAMPAU MAUT Dipukul hanya kerana nak sambut hari lahir. Kejadian dikatakan berlaku di SMK Bkt Jelutong Shah Alam Apasal kau berkawan dengan orang yang bangang dik? Semoga pihak berkenaan mengambil tindakan. Sumber: @arie lazim

      Posted by KatakPisang on Saturday, April 14, 2018
  • Dalam perkembangan terbaru, kesemua 9 pelajar yang terlibat dalam video tersebut telah ditahan polis setelah mangsa membuat laporan

    • Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kesemua suspek ditahan kira-kira pukul 11.30 pagi semalam (16 April) di hadapan sekolah.

      Kesemua suspek berumur 17 tahun.

  • Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan selesai pada pukul 4.45 petang pada hari yang sama

    • Berdasarkan siasatan awal, kejadian itu dikatakan berlaku kira-kira pukul 11 pagi pada 8 Februari lalu yang mana mangsa sebelum itu sedang berada di dalam kelas selepas tamat waktu rehat.

      Bagaimanapun, salah seorang suspek kemudiannya datang kepada mangsa dan memukulnya dengan batang kayu penyapu dan disepak sekumpulan yang lain selepas dipaksa menyanyikan lagu ‘selamat hari jadi’.

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Minum air ketum pun ada:

  • Pernah rasa kena sorok hantu tak?

Most-read stories today

Leave a comment