‘Produk Kami Tulen & Sahih’ - Dutch Lady Nafi Dakwaan Produk Tiruan Kod Kelompok 101 & 102

Dutch Lady Malaysia tampil untuk memberikan keterangan lebih lanjut mengenai isu tersebut.

  • Baru-baru ini telah viral di laman media sosial mengenai isu produk Dutch Lady Curious (900g) bernombor 1023C7WA yang didakwa sebagai produk tiruan

    • Orang ramai juga telah membahas bahawa isu ini boleh memberi kesan kepada sistem penghadaman anak-anak. Malah, berdasarkan kes ini juga ada ibu bapa yang berkongsi tentang kesan pengambilan susu tersebut telah menyebabkan anak-anak mereka mengalami masalah seperti sakit perut, muntah dan juga ada yang terpaksa dimasukkan ke wad hospital.

      Masyarakat juga telah menyuarakan kebimbangan mereka terhadap isu ini kerana bimbang jika ianya semakin berleluasa.

  • Oleh kerana isu yang telah viral, pihak Dutch Lady Malaysia telah tampil untuk memberikan keterangan yang lebih lanjut mengenai perkara ini kepada orang ramai

    • Siasatan telah dijalankan terhadap insiden yang berlaku. Pihak Dutch Lady Malaysia juga telah meningkatkan usaha untuk menangani spekulasi yang menyebabkan beberapa butiran pembungkusan telah disalah anggap sebagai produk tiruan Dutch Lady.

  • Dutch Lady melancarkan tindakan segera untuk menghubungi pelanggan dan menjalankan semakan yang terperinci

    • Selaras dengan prosedur syarikat, sampel produk telah diperoleh daripada pelanggan dan dihantar ke makmal dalaman dan juga pusat pengujian bebas yang diiktiraf untuk proses ujian.

      Dutch Lady Malaysia juga telah bertemu dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan akan bekerjasama dengan rapat dalam usaha mengatasi perkara ini.

      "Bagi pihak Dutch Lady Malaysia, kami mengambil berat insiden seperti ini dan memberi jaminan kepada para pengguna bahawa kesihatan dan kesejahteraan mereka sentiasa menjadi keutamaan kami.

      "Buat masa ini, penemuan awal daripada proses kawalan kualiti dalaman menunjukkan bahawa produk kami tidak mempunyai sebarang kekurangan dari segi kualiti dan susu kami selamat untuk diminum," kata Tarang Gupta, Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia.

  • Untuk tidak memanjangkan lagi isu dan spekulasi tentang kesahihan produk ini, pihak Dutch Lady tampil dengan ciri-ciri produk yang berada di bawah jenama tersebut

      • Kod kelompok yang bermula dengan nombor 100, 101, 102 dan 103
      • Tarikh luput yang berakhir dengan (R), (W1), (W2), dan (W3)
      • Variasi pembungkusan yang mepunyai perkataan “Calcium” dan “Kalsium” 
      • Variasi pembungkusan yang menunjukkan logo FrieslandCampina bersama dan tanpa kotak putih
  • Dutch Lady Malaysia juga telah mengeluarkan visual untuk rujukan orang ramai mengenai produk Dutch Lady yang sememangnya sahih

    • Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat atau menyebarkan maklumat palsu yang boleh menimbulkan keresahan di kalangan orang awam. Kami menggalakkan pengguna untuk merujuk kepada pusat perkhidmatan pelanggan kami sebelum memapar atau berkongsi sebarang maklumat di media sosial.

  • Untuk pertanyaan lanjut mengenai produk Dutch Lady, sila hubungi Careline Dutch Lady di 1800-88-1191 atau melalui e-mel di dutchladycareline@frieslandcampina.com

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Kopi durian ada dadah? Biar betul?

  • Bukan minuman je kena jaga, makanan pun kena tahu apa yang elok dan apa yang tak elok untuk elakkan penyakit seperti Kanser :(

  • Kaum hawa tak berapa pandai jaga kereta? Boleh ikut tips ini :)

Most-read stories today

Leave a comment