Awas! Resipi 2 Minit Ini Akan Buat Anda ‘Craving’ Coconut Shake Sekarang
The good news? Kalau anda ada kelapa dan ais krim di rumah, boleh buat segelas sekarang juga 😉
Cover image via SAYSBiar kami teka: Anda pernah travel all the way ke Melaka sebelum ni kerana teringin segelas Coconut Shake?
Image via Jeeps 'n' Stuff/Tumblr
Jangan risau, sekarang tidak perlu lagi! Minuman yang lemak berkrim dan menyegarkan ini amat mudah dibuat sendiri di rumah. Begini caranya:
**Bahan-bahan:**
– 1 cawan air kelapa
– 1 cawan isi kelapa
– 2 *scoop* ais krim vanilla
– 1 cawan ais
**Topping:**
– Ais krim vanilla / kelapa
**Cara-cara:**
1. *Blend* air kelapa, isi kelapa, ais krim vanilla dan ais
2. Tuang ke dalam cawan dan tambah satu *scoop* ais krim sebagai *topping*
3. *Enjoy!*
Jika anda sukakan Coconut Shake yang lebih manis, blend sedikit madu atau air gula bersama bahan-bahan
Image via SAYS
Enjoy!
Image via Tumblr
