[VIDEO] Penyamun Bawa Lari Lebih RM29 Ribu Samun Pelanggan Yang Sedang Makan
"Dalam keadaan panik dan takut saya beri beg tangan saya. Lelaki itu turut meminta dompet dan telefon bimbit rakan saya." – mangsa.
Cover image via SAYSMakan malam sekumpulan pelanggan menjadi mimpi ngeri apabila disamun di sebuah restoran Ukay Boulevard, Taman Melawati, Hulu Klang, dua hari lalu
Video daripada kamera litar tertutup (CCTV) kejadian 9 malam itu telah viral di laman sosial yang mana sehingga kini mengundang pelbagai reaksi netizen.
Video berdurasi selama 1 minit 1 saat itu memaparkan beberapa penyamun bertopi keledar yang menceroboh masuk ke restoran sambil memegang parang sebagai alat untuk menakutkan pelanggan.
Image via Azlee 1DSJY/Facebook
Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Hamzah Alias ketika dihubungi berkata, suspek adalah merupakan enam lelaki yang bersenjatakan parang
Seorang daripada pelanggan yang menjadi mangsa samun berkata, kejadian berlaku pantas dan dia turut mendengar penyamun tersebut memarahi pemilik restoran kerana tidak membayar wang perlindungan
"Dia(penyamun) gertak saya sambil pegang parang dan meminta saya serahkan barang saya.
"Dalam keadaan panik dan takut saya beri beg tangan saya. Lelaki itu turut meminta dompet dan telefon bimbit rakan saya," katanya yang enggan dikenali.

