[SHARE] 23 Kenangan Manis Di PLKN Yang Pasti Tak Dapat Kita Lupakan Sampai Bila-Bila
Seribu satu kenangan terpahat di dada setiap bekas pelatih PLKN.
1. Mula-mula masa dapat tahu kena pergi PLKN, rasa macam tak boleh terima kenyataan."Why always me?"Surat penyertaan sampai kat rumah siap dengan tiket bas lagi.
Masa ni memang boleh redha jelah. Tengok kawan-kawan lain semua tak payah pun pergi PLKN. Kalau ikutkan hati memang tak nak pergi tapi mana boleh tolak. Walaupun hati berat, terpaksa jugak pergi.
2. Sedih masa nak bertolak pergi kem. Ibu bapa dan ahli keluarga perlu ditinggalkan selama tiga bulan. Hanya air mata dan hati yang hiba sahaja menemani diri.
Kaki rasa terlalu berat untuk melangkah. Hati rasa terlalu berat untuk meninggalkan rumah. Oleh itu, ramailah yang menangis.
3. Sampai saja di kem, semua mendaftar dan diagihkan kepada kompeni Alpha, Bravo, Charlie dan Delta. Barang-barang keperluan macam baju, kasut, topi, dan banyak lagi diberikan secara percuma!
Duduk kat kem PLKN ni memang semua benda free. Baju free, perkakas lain free, makan pun free. Senang kata, tak payah bawak duit pun tak apa lah. Terima kasih kerajaan ;)
4. Ditempatkan dalam dorm bersama lebih kurang 20 pelatih dari kompeni yang sama. Proses berkenal-kenalan dan mencari nickname pun bermula.
Tengok muka sorang-sorang, ada yang macam gangster, ada yang macam lembik je, ada jugak yang muka macam tak ada perasaan. Muka-muka ni lah yang anda kena duduk bersama selama 3 bulan akan datang.
5. Lelaki wajib kena potong rambut. Syaratnya, potong mesti sampai hampir botak dan kena pakai "mata satu".
Seriously, ada yang tak pernah merasa pun kepala botak. Jadi inilah first time kepala mereka dicukur sampai hampir licin.
6. Handphone boleh guna masa weekend je. Hari lain cikgu kompeni akan simpan. Tapi kalau nak pakai pun, line sangatlah susah nak dapat.
Maklumlah, kem semuanya dalam hutan. Untungla siapa yang dapat kem dalam bandar. Tapi ada ke?
7. Setiap hari kena bangun pukul 5.30 pagi untuk PT (physical training) pagi yang tak berapa nak fizikal sangat pun sebenarnya
Mula-mula dengar nama physical training, ingatkan macam mencabar sangat. Rupa-rupanya sekadar senaman pagi biasa je.
8. Ramai pelatih tak suka dengan set baju PT ni, terutamanya seluar sebab menampakkan bentuk tubuh, baik lelaki mahupun perempuan. Maka ramailah yang pakai seluar track yang lain.
Memang betul. Seluar PT ni agak seksi kalau perempuan pakai. Ia agak ketat dan jelas menampakkan susuk tubuh badan. Kalau yang lelaki pulak, boleh menampakkan benjolan.
9. Hidangan enam kali sehari cukup memuaskan. Makanan pun sedap-sedap belaka. Jadi, ibu bapa memang tak payah risau pasal anak-anak tak cukup makan.
Yang kurus pun boleh jadi gemuk taw. Mana taknya, sebelum masuk PLKN selalu makan lunch dengan dinner je. Sampai PLKN makan sampai 6 kali sehari. Dahsyat.
10. Buat logo, moto, misi dan visi mengikut setiap kompeni. Masing-masing semangat masa buat presentation kat depan. Diikuti dengan sorakan padu rakan-rakan kompeni, jadi havoc terus.
Bukan setakat tu je, ada yang siap buat lagu untuk kompeni. Jadi kalau pergi mana-mana, lagu tu lah yang akan dinyanyikan dan menjadi trademark kepada kompeni masing-masing.
11. Kelas CB (Character Building) dan Kenegaraan. Macam-macam modul menarik kita buat. Tapi yang paling best ialah JUGEL! Daripada tak reti langsung terus jadi terror.
Betul! Kelas CB yang dijalankan selama lebih kurang sebulan ni menjadi medan untuk masing-masing menyerlahkan bakat dalam jugel. Mula-mula memanglah terkial-kial, tapi lama-lama terus jadi pro. Di sini jugaklah bermulanya detik si lelaki dan si perempuan bermain mata dan menghantar surat cinta.
12. Kolah bilik air di kem PLKN memang tak dinafikan sangat sejuk, sampai ada yang takut nak mandi...
13. ...tapi ada jugak yang jadikan kolah tu macam swimming pool!
Lantaklah sejuk ke tak, janji boleh berenang. Siapa pernah buat macam ni angkat tangan!
14. Tiap-tiap malam sebelum masuk dorm kena nyanyi lagu rasmi PLKN. Siapa yang ingat lagi lirik lagu ni?
Tiap-tiap hari nyanyi lagu ni. Kalau tak silap pagi petang siang malam semua takkan terlepas daripada menyanyikan lagu keramat yang penuh bersemangat ni. Nak kata lagu ni tak best, tak jugak. Tapi nak kata best pun tak jugak.
15. Yang paling tak boleh dilupakan semestinya aktiviti luar. Antaranya ialah Flying Fox...
Masa nak turun mula-mula tu punyalah cuak. Bila dah buat, rasa macam nak lagi lah pulak.
16. ...merempuh halangan...
Aktiviti ni sangat penat dan meletihkan. Kulit tapak tangan pun sampai terkopek dan luka sana sini. Tapi best sangat!
17. ...kawad kaki...
Daripada tak minat kawad, masuk PLKN terus jadi minat. Nak buat macam mana, kalau dah hari-hari kena kawad ke sana ke mari. Paling syok bila kawad semua synchronize dan masa buat formasi. Memang terbaik!
18. ...khidmat masyarakat...
Kutip sampah, cat dinding sekolah, melawat rumah orang tua atau rumah anak yatim, melawat kandang lembu, membantu warga emas, dan macam-macam lagi aktiviti kemasyarakatan yang dilakukan.
19. ...dan banyak lagi. Tak terkira dengan jari sebab banyak sangat.
Selain itu, pelatih PLKN juga belajar macam mana nak pandu arah dan baca kompas, belajar macam mana nak set up khemah, belajar sedikit survival skills, dan lain-lain.
20. Tapi yang paling epik, pengalaman mengendalikan senapang M16! Bukan senang nak dapat peluang macam ni.
YES! Ramai yang jadikan aktiviti M16 sebagai misi utama bila masuk PLKN. Mana taknya, setiap pelatih diberi peluang untuk menembak guna senapang ni, disiapkan sekali dengan beberapa butir peluru palsu.
Markah diberi berdasarkan ketepatan menembak. Siapa yang tembak selalu tepat pada sasaran, maka tinggi lah markah dia. Lepas dah habis, masing-masing compare markah siapa paling tinggi. Yang markah rendah for sure lah kena bahan.
21. Apa-apa pun, detik-detik bersama kawan-kawan itulah yang paling berharga sebenarnya. Bila ditanya kenapa rindukan kem PLKN, jawapannya pasti sebab kawan-kawan.
Tiga bulan hidup bersama, bergelak ketawa bersama, bersedih, beduka, dan menangis bersama, bergembira dan bersuka ria bersama, memori yang diukir bersama rakan-rakan adalah antara khazanah terhebat yang tak mungkin dapat kita lupakan sampai bila-bila.
22. Dan ketika itulah, rasa sangat berat untuk tinggalkan kem PLKN sebab mungkin pada masa depan kita dah tak dapat jumpa lagi kawan-kawan kita
Kawan-kawan kat PLKN kebanyakannya kita hanya jumpa di PLKN. Bila dah habis, masing-masing bawa haluan sendiri. Mungkin hari terakhir di PLKN itulah kali terakhir kita dapat beramah mesra dengan kawan-kawan di situ.
Ada yang menangis teresak-esak bila dah naik bas sampai melekat di cermin sebab tak nak tinggalkan kawan-kawan. Bunyi macam tak logik, tapi siapa yang join PLKN je akan faham perasaan masa ni. Memang sedih yang teramat.
23. Mula-mula masa nak datang, rasa macam tak nak masuk. Tapi bila dah habiskan masa tiga bulan di kem, hati mula rasa sedih untuk meninggalkan PLKN buat selama-lamanya.
PLKN ternyata memberi seribu satu kenangan indah kepada semua pelatih. Terima kasih PLKN :')