seismik

[GALERI] Solidariti #Bersih4 Oleh Rakyat Malaysia Dari Serata Dunia Ini Amat Menakjubkan

Rakyat Malaysia di luar negara turut sama merasa kehangatan #Bersih4.

Cover image via Facebook Global Bersih

Apa lagi cara terbaik untuk tunjukkan solidariti #Bersih4? 'Skydiving!'

Image via www.youtube.com

"Salam Bersih,"

"Saya telah menghasilkan video ini dengan bantuan dari rakan-rakan penerjun dan tenaga pengajar bagi menyertai pergerakan solidariti serta menyokong perhimpunan Bersih4 di negara kita yang tercinta."

"Objektif utama di sebalik video ini adalah untuk menambah lebih kepelbagaian dalam koleksi promosi Bersih, dan sasaran saya adalah kepada kumpulan rakyat yang masih teragak-agak untuk menyertai gerakan Bersih, dan masih tidak pasti apa hari esok akan berikan kepada mereka."

"Sekarang ini, pelajar-pelajar yang membantah rasuah ditahan dalam jagaan. Kita bangun setiap hari, pemimpin kita masih dipenjarakan, dipaksa berpisah dari keluarganya, dengan undang-undang dimanipulasi oleh rejim. Dimanakah anda ketika orang-orang ini berjuang tanpa memikirkan diri sendiri, bagi pihak anda? Berdiam tidak akan melakukan apa-apa."

"Lihat sekeliling anda; adakah negara ini akan jadi lebih baik untuk anak-anak? Adakah kerajaan sudah berhenti memperbodohkan rakyat kerana tamak mereka sendiri? Jet peribadi, rumah-rumah besar, 1MDB, RM2.6 bilion "derma" dalam poket sendiri dan banyak lagi."

"Untuk peluang yang anda ada ini, bangun, berdiri, jangan putus asa dalam perjuangan! Biar rejim tahu kita sudah muak dengan korupsi mereka! Dan kita menolak perkara ini sekeras-kerasnya."

"Jika anda memilih untuk menutup mata anda, tiada apa akan berubah."

"Jika anda takut ketinggian, anda tak akan tahu apa yang ada di bawah."

"Dan jika mereka, rejim, takut pada kuasa rakyat, maka pengakhiran mereka sudah dekat."

"Sekali seumur hidup, dengarkan isi hati anda! beraraklah dengan BERSIH. Dengan beratus-ratus dan beribu-ribu rakyat berarak di sisi, kita tidak akan berundur walaupun satu inci, dan kita akan didengari!"

"Jumpa anda pada 29 Ogos, dalam pada kita berarak, kita juga akan menyambut hari kebangsaan kita yang sebenar."

"Nama saya KP Teo, saya berbangga menjadi rakyat Malaysia dan salam Bersih dari langit Kansas, Amerika Syarikat!"

Video penuh:

Bahang #Bersih4 bukan sahaja terasa di Malaysia, malah penduduk di seluruh dunia turut terkena tempias. Berdasarkan senarai di bawah, sebanyak 74 bandar utama di dunia akan sama-sama berhimpun bagi menunjukkan solidariti terhadap Bersih.

Sekarang kita lihat koleksi gambar solidariti #Bersih4 di serata dunia di bawah:

1. Tokyo, Jepun

2. Canberra, Australia

3. Christchurch, New Zealand

4. Bali, Indonesia

5. Papua New Guinea

6. Jakarta, Indonesia

7. Phnom Penh, Kemboja

8. Ulaanbaatar, Mongolia

9. Melbourne, Australia

10. Geneva, Switzerland

11. Bangkok, Thailand

12. Sydney, Australia

14. Doha, Qatar

15. Denmark

16. Adelaide, Australia

17. Suzhou, China

18. Ontario, Canada

19. Timor Leste

20. Queensland, Australia

21. Oslo, Norway

22. Beijing, China

23. Arizona, Amerika Syarikat

24. Kenya

25. Auckland & Wellington, New Zealand

26. Stockholm, Sweden

27. Paris, Perancis

28. Toronto, Canada

29. Rio de Janeiro, Brazil

30. Shanghai, China

31. San Francisco, Amerika Syarikat

32. New York, Amerika Syarikat

33. Los Angeles, Amerika Syarikat

34. Taipei, Taiwan

35. Busan, Korea Selatan

36. Zurich, Switzerland

37. Berlin, Jerman

38. Brisbane, Australia

39. Edinburgh, Scotland

40. Brussels, Belgium

41. The Hague, Belanda

42. Hamburg, Jerman

43. Helsinki, Finland

Segala yang berlaku di Malaysia pada hari pertama #Bersih4 pula ada DI SINI:

You may be interested in: