"Student Sekarang Dah Tak Sama Macam Student Dulu"

Memang ada pelajar yang tak hormat pensyarah.

  • Bergelar seorang pendidik bukan sahaja memerlukan ilmu dan pengetahuan yang tinggi, tetapi juga sifat sabar dan tenang dalam menghadapi pelbagai dugaan

    • Setiap tahun ada sahaja pengambilan pelajar-pelajar baru untuk melanjutkan pengajian di universiti. Sudah pasti, pelajar-pelajar ini datang dari bermacam latar belakang serta bermacam ragam.

      Memandang semester di universiti pun baru sahaja bermula, perkongsian pengalaman daripada seorang pensyarah berkenaan perbezaan pelajar dahulu dan sekarang ini nampaknya sangat releven.

      Baca perkongsian penuh beliau di bawah:

  • Bezanya waktu kita menjadi pelajar berbanding dengan pelajar sekarang:



    SITUASI 1 - WhatsApp

    • DULU: Kita tak ada whatsapp. Hanya ada mesej, jadi mesej bila perlu sahaja. Dalam kelas bila pensyarah bercakap kita peka, pergi library cari maklumat sampai lebam sebab takut nak mesej pensyarah.

      SEKARANG: *Semua benda pelajar nak tanya. Kuiz chapter berapa, pukul berapa, soalan senang atau susah, pakai baju apa, internet tak ada macam mana nak buat. Kadang-kadang tengah malam pun hantar Whatsapp. Tapi tak apa, sudah menjadi tanggungjawab. Sabar saja lah. Esok pensyarah masuk kelas masih mengajar seperti biasa.

  • SITUASI 2 - Kelas Cancel

    • DULU: Kalau ada kelas atau tak, kita tetap pergi walaupun naik bas dalam cuaca hujan. Bila sampai kelas, pensyarah kata kelas cancel sebab ada meeting. Kita seronok dan terus pergi breakfast dengan kawan.

      SEKARANG : Pelajar mengamuk kalau mereka datang tapi pensyarah cancel kelas sebab ada meeting. "Apa lah, aku bersungguh lari tadi. Dahlah hujan, lain kali beritahu kelas tak ada, menyusahkan betul. Sikit-sikit meeting." Oh salah pensyarah. Esok masuk kelas pensyarah mengajar seperti biasa sebab dah menjadi tanggungjawab.

  • SITUASI 3 - Teguran

    • DULU: Bila pensyarah tegur kesalahan, kita diam dalam hati sedih. Pergi jumpa pensyarah minta maaf sebab dah buat salah. Takut gagal sebab ilmu tak berkat.

      SEKARANG: Seorang pensyarah tegur 30 orang pelajar, 30 pelajar sentap dengan seorang pensyarah. Pelajar buat perangai tak tahu, konon nak balas gara-gara sentap dengan pensyarah. Tapi bila pensyarah terasa hati dengan beratus perangai pelajar dalam kelas setiap hari, mereka masih boleh masuk kelas macam biasa berkongsi ilmu. Sebab tanggungjawab.

  • SITUASI 4 - Luahan Perasaan

    • DULU: Bila kita terasa hati dengan pensyarah, kita luahkan sesama kawan sahaja. Masih datang kelas sebab tanggungjawab dan masih bercakap dengan pensyarah sebab tak nak pensyarah terasa hati.

      SEKARANG: Waktu pensyarah bercakap kat depan, pelajar sibuk meng-update status Facebook, Twitter, WhatsApp. Nak beritahu satu dunia yang kau tak puas hati dengan pensyarah. "Potpet potpet je kerja puan ni." "Kadang-kadang kesian tengok puan ni, semua tak suka dia." "Pensyarah bajet bagus, macam dia je betul." "Ada aku kesah?" "F*** off la." Pensyarah boleh tahu, kalau tak tahu pun pensyarah lain beritahu. Pensyarah sedih tapi nak buat macam mana doa sajalah yang baik-baik.

  • Jika pensyarah tak mampu nak tegur, biarlah pengalaman dan masa yang mengajar mereka. Esok masuk kelas pensyarah senyum, mengajar seperti biasa.

    • Doa pendidik sentiasa untuk pelajar. Kalau ikutkan hati, hari-hari nak merungut dan sebut satu-satu perangai pelajar kat Facebook tapi kita fikir tak baik memalukan pelajar. Sabar sajalah.

      Kredit: Iza Ahmad

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Ingat lagi pengalaman mula-mula masuk belajar?

Leave a comment