seismik

Tahukah Anda Perdagangan Rokok Seludup Ada Kaitan Dengan Jenayah Terancang Dunia?

Setiap wang yang dibelanjakan membeli rokok seludup hari ini berpotensi membiayai penjenayah global utama pada hari esok.

Cover image via thetimes.co.uk

Berdasarkan satu kajian oleh Goldman dan Sachs, Malaysia sekarang berada di kedudukan kedua terbesar di dunia dalam jenayah rokok seludup yang menyebabkan kerugian sebanyak RM1.9 bilion setahun kepada kerajaan

Kajian sebuah firma perunding juga mendapati sebanyak 33.6% rokok yang dijual di pasaran negara adalah rokok seludup. Jenayah ini telah mengakibatkan negara kehilangan hasil sebanyak RM1.9 bilion setahun.

Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Penguatkuasaan dan Pematuhan) Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Matrang Suhaili berkata rokok adalah barangan yang paling kerap diseludup memandangkan cukai dikenakan ke atasnya agak tinggi.

themalaysianinsider.com

Mereka yang membeli rokok seludup mungkin tidak menyedari hakikat bahawa mereka adalah sebahagian daripada rangkaian jenayah terancang yang boleh mengakibatkan kesengsaraan kepada penduduk dunia

Orang ramai masih tidak memahami akibat daripada membeli rokok seludup. Setiap wang yang dibelanjakan mempunyai kaitan dengan dadah di jalanan, jenayah senjata atau serangan pengganas, menjadikan persekitaran kurang selamat.

Badan penyiasatan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendapati bahawa berjuta-juta pendapatan daripada perdagangan rokok seludup telah disalurkan kepada al-Qaeda, Taliban dan pertubuhan pengganas yang lain di dunia.

Bagi penjenayah, penyeludupan tembakau ini agak mudah, dan keuntungannya mampu menjangkau nilai jutaan Ringgit

Image via 1m3dia.com

Produk tembakau datang dalam pakej kecil, sangat berharga dan mudah untuk diangkut ke mana-mana, manakala risiko pengesanan, pendakwaan dan sabitan adalah rendah jika dibandingkan dengan keuntungan yang besar.

Sebagai contoh, satu bekas rokok seludup mampu mendatangkan keuntungan sebanyak lebih RM2 juta.

Perniagaan ini begitu menguntungkan sehingga menjadikan tembakau haram bahan larangan yang paling banyak diseludup di dunia

Image via The Star

Segalanya bermula menerusi matematik asas yakni pada tahun 1995, dua pengkaji di Eropah mendapati bahawa hampir satu pertiga daripada eksport rokok di dunia telah hilang. Entah bagaimana berbilion-bilion rokok, sekali dieksport, hilang secara misteri semasa dalam perjalanan.

Setelah dikuasai oleh syarikat-syarikat multinasional barat, penyeludupan rokok telah berkembang ke serata dunia dengan munculnya pedagang baru, laluan baru, dan teknik-teknik baru

Aktiviti penyeludupan rokok kekal sebagai jenayah yang sukar untuk disiasat. Terdapat banyak kilang ditubuhkan di pelusuk dunia dengan kawalan lemah dan tahap rasuah yang tinggi, seperti di Kaliningrad, Rusia, wilayah Guangdong di China, dan kawasan terkenal Amerika Selatan di sempadan antara tiga negara iaitu Argentina, Brazil, dan Paraguay. Sistem pengedaran adalah kompleks, laluan penyeludupan sangat berbelit dan sukar untuk dikesan.

Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via bharian.com.my
Image via enca.com

Apa yang lebih membimbangkan adalah satu daripada 10 orang dewasa mati lebih awal disebabkan penyakit yang berkaitan dengan tembakau seperti kanser paru-paru, penyakit jantung, dan strok

Jika trend ini berterusan, rokok seludup akan membunuh kira-kira 500 juta orang yang sedang hidup.

Menjelang 2030, angka itu akan mencapai 8 juta kematian setahun, dan dengan rokok seludup banyak dipasarkan di negara-negara miskin, 80 peratus daripada jumlah yang mati akan berada di negara-negara ini. Sejak abad ke-21, dianggarkan satu bilion orang boleh mati daripada penggunaan tembakau.

Di Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tahun ini menyasarkan 2,000 tangkapan di seluruh negara ke atas pesalah kes rokok dan arak seludup menerusi Operasi Outlet Versi 2.0

"Tahun ini, JKDM berusaha membanteras pengedaran dan penjualan rokok seludup di premis perniagaan dengan pemilik perniagaan berdepan tindakan undang-undang tegas jika memiliki, mengedar atau menjual bahan berkenaan."

"Sesiapa pihak yang terbabit dalam kegiatan menyeludup dan menjual rokok seludup boleh ditahan, direman dan didakwa," tegas Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad.

Sejak operasi bermula Januari hingga bulan lalu, JKDM menahan 196 orang selepas memeriksa sebanyak 1,056 premis dan merampas sebanyak 5.5 juta rokok seludup bernilai RM4.8 juta

"Tahun lalu, seramai 1,308 pesalah ditahan membabitkan 930 kes rampasan rokok seludup bernilai RM22.9 juta," kata Khazali.

Semenjak tahun 2010, JKDM merampas satu bilion rokok seludup bernilai RM86 juta hasil serbuan ke atas 40,498 premis di seluruh negara dengan 6,295 individu ditahan.

Bagaimana ANDA boleh bantu membanteras perdagangan rokok seludup di Malaysia?

Bagi meningkatkan keberkesanan operasi itu, orang ramai perlu menjadi 'mata dan telinga' JKDM untuk melaporkan kegiatan itu walaupun hanya membabitkan sebungkus rokok seludup

Laporkan: Jika anda melihat penjualan rokok seludup di mana-mana kedai, maklumat boleh disalurkan menerusi talian 1-800-88-8855 atau melaporkan kepada mana-mana pejabat JKDM.

Sesiapa yang menyimpan, memiliki dan mengangkut rokok atau arak seludup boleh dihukum mengikut seksyen 135(1)(D) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mamsikum penjara tiga tahun atau denda 20 kali ganda daripada nilai barangan atau kedua-duanya sekali.

Baca fakta-fakta lain yang anda tidak tahu tentang rokok seludup:

You may be interested in: