seismik

Tajaan Syarikat Judi Punca Media Melayu Tak Dijemput Ke Konsert Shila Amzah?

Shila Amzah telah melangsungkan konsert solo pertamanya di ibu kota pada Sabtu, 13 September 2014.

Cover image via budiey.com

[TERKINI] Shila Amzah Kata Fitnah Ditaja Syarikat Judi Mencabar Reputasinya Sebagai Islam

Image via wp.com

Shila Amzah mengadakan sidang akhbar khas pada 24 September 2014 untuk menjelaskan perkara yang menjadi persoalan ramai sejak ianya disebarkan. Ternyata menurut Shila Amzah, beliau merasa sangat tersinggung dengan fitnah yang dilemparkan terhadapnya itu dan ianya mencabar reputasi dirinya sebagai seorang Islam yang berhijab.

rotikaya.com

“Sebab kenapa saya pulang ke Malaysia padahal memang saya ada kerja di China untuk sidang media ini adalah saya sangat tersinggung dengan tulisan yang media katakan khususnya suratkhabar Kosmo! yang mendakwa konsert saya ditaja syarikat judi”

rotikaya.com
Image via ammboi.com

”Ini benar mencabar reputasi saya sebagai seorang muslim, sebagai seorang yang berhijab. dan kepada ayah saya yang begitu mendukung budaya dan agama. Tiba-tiba kononnya saya buat benda yang dalam pengetahuan dia dan benda itu salah”

mediavaganza.com

“Saya amat terkilan apabila benda ini berlaku. If you can’t write something nice, don’t write anything about me. Saya tidak boleh terima perkara ini. To watch my mom cry because of this, itu adalah perkara yang paling sukar untuk Sha tengok,” ujar Shila Amzah.

mediavaganza.com

Dalam Sidang Media Itu, Bapa Shila Amzah, ND Lala Turut Menjelaskan Kronologi Kontroversi Yang Menghimpit Anaknya Itu Sambil Mempersoalkan Tindakan Wartawan Yang Suka Menabur Fitnah

Untuk makluman, ND Lala telah menjelaskan kronologi kontroversi yang berlaku secara terperinci dengan menunjukkan keratan artikel beberapa suratkhabar dan blog.

beautifulnara.com
Image via wp.com

ND Lala juga telah mengulas semula status-status sesetengah wartawan di laman sosial peribadi mereka dan mempersoalkan kewajaran status tersebut dimuat naik. Tindakan ini ternyata telah menimbulkan rasa kurang senang para wartawan yang hadir.

beautifulnara.com
Image via wp.com

Selain itu, ND Lala mempersoalkan tindakan para media yang meminta pendapat artis-artis lain mengenai kontroversi anaknya. Contohnya kepada Datuk Hattan, DJ Dave dan Dayang Nurfaizah. Malah tindakan sebuah media meminta pandangan mufti mengenai tajaan syarikat judi untuk konsert (walaupun ia adalah fitnah) turut sama dikritik oleh ND Lala.

beautifulnara.com

Walau Bagaimanapun, ND Lala Dan Shila Amzah Tetap Redha Jika Media Tempatan Membuat Keputusan Untuk Memboikot Kerjaya Seni Mereka

Image via wp.com

"Jika itu pilihan kumpulan reporters dan bloggers ini (tidak merujuk kepada kesemua wartawan), jawapan kami ialah kami redha. Apa upaya kami untuk mengubah pendirian yang mereka pegang."

myartis.my

"Kami beriman kepada Allah. Rezeki kita Allah yang tentukan bukan kumpulan reporters. Tiada siapa yang boleh memudaratkan kita kecuali dengan izin Allah. Ini pendirian kami. Kalaulah dengan boikot itu boleh menjejas apa segalanya, semuanya kami redha. Tapi ingat, rezeki datang daripada Allah, bukan dari penulis yang memfitnah kami," tegas ND Lala.

myartis.my

23 September: "Rendahkan Ego, Orang Lagi Hormat Dan Sayang Kita," Tegur Sharnaaz Kepada Shila

Untuk makluman, Sharnaaz mengakui bahawa ramai rakan media bertanyakan soal Shila kepadanya walaupun mereka kini sudah membawa haluan masing-masing. Dia turut memberikan nasihat yang baik dan bernas buat Shila.

ohbulan.com

Sharnaaz Ahmad.

Image via ohbulan.com

"Apa saya boleh cakap, satu sahaja, berbaik-baiklah. Kita ni sama-sama, saya pun dengan media tak ada masalah. Dia (selebriti dan media) saling memerlukan. Why not kita sama-sama saling membantu."

ohbulan.com

"Macam apa yang dia cakap ada betul, apa yang media cakap pun betul. Selama ni media yang banyak cover dia di Malaysia sebelum dia ke China. Apa yang dia katakan pun ada betul dan salahnya juga. At least, kita bincang elok-eloklah. Sebab tu saya cakap bahaya laman sosial ni. Sebab orang akan salah anggap. So, why not kita jumpa berdepan, selesai elok-elok," ujar Sharnaaz.

ohbulan.com

Dalam Pada Itu, Sharnaaz Juga Mengaku Pernah Membuat Kesilapan Sebelum Ini Kerana Sikapnya Yang Tidak Matang

Image via blogspot.com

"Saya sendiri mengaku dulu saya pernah buat salah. Kita manusia memang tak lari dari salah. Tapi, saya berani mengaku kesilapan saya. Saya harap orang-orang yang melakukan kesilapan, berani mengaku kesilapan diorang dan berubah untuk kebaikan. Rendahkan ego, orang lagi respect dan sayang kita," katanya lagi.

ohbulan.com

21 September: Siti Nurhaliza Nasihat Shila Amzah Perlu Berfikir Panjang

Mengenai isu penyanyi Patah Seribu itu yang sedang berkonflik dengan media Melayu khususnya berikutan tindakan beliau menuduh media tidak menyokong kerjaya seni dan lebih suka menulis kisah peribadi, Siti sebagai penyanyi senior meluahkan pandangannya.

bharian.com.my

Siti Nurhaliza.

Image via karangkraf.com

"Siti sebagai kakak kepadanya di dalam industri, dia perlu sentiasa berfikir panjang dulu dengan sebarang tindakan yang dibuat. Artis dan media saling memerlukan."

bharian.com.my

"Mungkin apa yang berlaku ini, dia terlepas pandang. Kalau bukan dia yang tulis kenyataan sebegitu atau ada orang lain menulis pun, kena banyak kali fikir sebelum memuat naik sesuatu di laman sosial. Hal ini membabitkan artis dan media. Di mana dia bermula pun dengan bantuan rakan media," tegur Siti.

beautifulnara.com

Dalam Isu Ini Juga, Siti Difitnah Oleh Salah Seorang Peminat Shila Amzah Di Instagram Apabila Dia Dikatakan Telah Menghabiskan Banyak Wang Membeli Hadiah Untuk Wartawan

Image via ohbulan.com

Apa Pula Respon Siti Mengenai Kenyataan Itu?

Image via says.com

"Siti sedar ada peminat fanatik yang tidak berfikir panjang dengan membuat andaian sebegitu. Siti sudah lali dengan keadaan begini."

ohbulan.com

"Cuma dalam isu membabitkan Shila (Amzah) ini, Siti tak seronok apabila andaian yang dibuat peminatnya boleh mendatangkan fitnah. Siti komen balas itu sebagai peringatan dan teguran buatnya," ujar Siti.

ohbulan.com

19 September: ND Lala Bakal Selesaikan Isu Kemelut Konsert Shila Amzah

Shila Amzah bersama bapanya, ND Lala.

Image via budiey.com

Bapa dan juga pengurus kepada penyanyi Shila Amzah, Amir Amzah Salleh atau ND Lala mengesahkan pihaknya akan menyelesaikan konflik terbaru antara anak gadisnya itu dengan pihak media.

gua.com.my

Dalam masa yang sama, ND Lala juga memberitahu pihak pengurusannya belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan memandangkan ketika ini masanya kurang sesuai.

gua.com.my

"Waktu Ini Tidak Sesuai. Kami Tengah Fokus Dengan Rakaman Album Mandarin Shila Di Beijing," Ujar ND Lala

Shila Amzah bersama ahli keluarga.

Image via hmetro.com.my

“Waktu kurang sesuai. Kami tengah fokus dengan rakaman album Mandarin Shila di Beijing. Saya tengah cari tarikh terdekat untuk balik Malaysia dan memenuhi permintaan rakan media untuk mendapat maklum balas kami. Jumpa nanti,” kata ND Lala.

murai.com.my

Difahamkan, Shila sekeluarga terbang ke Beijing, China pada Isnin lalu, 15 September 2014 bagi menjalani proses rakaman albumnya di sana.

yahoo.com

18 September: "Haram Jika Konsert Artis Ditaja Syarikat Judi," Kata Mufti Kelantan

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, setiap individu beragama Islam itu seharusnya sedar bahawa bekerja di bawah sumber yang tidak sah dalam Islam sudah dikira salah dan dilarang.

mynewshub.cc

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Image via themalaysiantimes.com.my

"Konsepnya mudah sahaja. Dalam Islam, sekiranya gaji kita dibayar daripada hasil judi atau perkara-perkara haram yang lain, ia sudah dikira haram di sisi agama Islam melainkan orang itu tidak tahu daripada mana hasil pendapatan itu diterima."

beautifulnara.com

"Walaupun seseorang itu ataupun artis berniat baik mahu mengadakan konsert buat peminat-peminat, tetapi caranya tidak betul (jika sumber yang diterima dariapda hasil yang haram). Sebagai contoh, seseorang itu menganjurkan tarian bogel, dengan niat mahu mengumpul dana untuk membina masjid. Niat dah betul, tetapi caranya salah," katanya.

rotikaya.com

Dalam Pada Itu, Shukri Turut Menasihatkan Sekiranya Artis Mendapat Tajaan Daripada Syarikat-Syarikat Perjudian Atau Minuman Keras, Mereka Boleh Menolak Dengan Cara Yang Baik

"Apa-apa perkara yang dilakukan pun, sebagai umat Islam, kita ambil yang asas, adakah benda yang ingin dilakukan itu dibolehkan dalam Islam atau tidak?"

mstar.com.my

"Dan seboleh-bolehnya, ambil pendekatan yang dibenarkan Islam sahaja. Jaga imej dan maruah agama. Kita yang mewakili Islam jangan sampai menghina Islam itu sendiri," tegasnya.

mstar.com.my

Pada 13 September 2014, Shila Amzah Telah Melangsungkan Konsert Solo Pertamanya Yang Diberi Nama "Love Concert Shila Amzah" Bertempat Di Mega Star Arena, Kuala Lumpur

Keesokan Harinya, Konsert Itu Mendapat Liputan Meluas Daripada Media Tempatan. Bagaimanapun, Tidak Ada Satu Pun Media Melayu Yang Dikatakan Sudi Untuk Membuat Liputan.

Oleh Sebab Itu, Ramai Peminat Shila Amzah Yang Tidak Tahu Langsung Mengenai Konsert Berkenaan Kerana Tiada Apa-Apa Berita Daripada Media Melayu Yang Melaporkan Mengenainya

Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com

Shila Amzah Kemudian Menggunakan Laman Instagram Miliknya Untuk Berterima Kasih Kepada Media. Namun Begitu, Post Berkenaan Dipercayai Merupakan Satu Sindiran Yang Ditujukan Kepada Media Melayu.

Persoalannya, Apa Sebab Media Melayu Tidak Membuat Liputan? Beberapa Wartawan Mendedahkan Media Melayu Sebenarnya Langsung Tidak Mendapat Jemputan Daripada Pihak Penganjur Konsert Berkenaan.

Apa yang lebih mengecewakan, setelah bertanyakan kepada wartawan yang lebih senior (terdiri daripada tonggak utama mainstream media), sebenarnya mereka pun tidak mendapat jemputan ke konsert tersebut. Pelik tetapi itulah realitinya.

ohbulan.com
Image via budiey.com

Bagaimanapun, mungkin ada di kalangan peminat yang mempersoalkan ‘kenapa perlu jemputan’ sedangkan kalau nak bergosip tak perlu tunggu dijemput?

ohbulan.com

Jawapannya mudah, kerana ini adalah merupakan sebuah konsert ya! Bukannya sidang media yang wartawan boleh pecah masuk sesuka hati. Malah, seperti apa yang diceritakan oleh beberapa orang sahabat media, mereka pun tidak mendapat layanan sama adil semasa sidang media yang diadakan sebelum ini.

ohbulan.com

Peminat-Peminat Shila Amzah Bagaimanapun Tidak Puas Hati Dengan Kenyataan Yang Dikeluarkan Wartawan Lalu Menyifatkan Media Melayu Lebih Berminat Dengan Perihal Gosip, Kontroversi Dan Isu Yang Mengaibkan Artis

Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com

Tak Cukup Dengan Itu, Laman Instagram Yang Dibuat Khas Untuk Peminat Shila Amzah Tampil Memberikan Bukti Undangan Media Ke Konsert Tersebut Beserta Tandatangan Pihak Media Yang Hadir

Walaupun Media Melayu Dikatakan Tidak Dijemput, Laman Berkenaan Sempat Menyampaikan Ucapan Terima Kasih Kepada Akhbar Berita Harian Yang Sudi Membuat Liputan

Adakah Ia Berakhir Di Situ?

Dalam Perkembangan Terbaru, Portal Kosmo! Melaporkan Antara Faktor Utama Media Melayu Tidak Dijemput Adalah Kerana Konsert Berkenaan Mendapat Tajaan Daripada Syarikat Perjudian Terbesar Di Malaysia

Image via budiey.com

Laporan Kosmo! (salah satu dari dua media berbahasa Melayu tempatan yang dijemput) pada 17 September 2014 mendedahkan antara faktor kenapa pada awalnya tiada media berbahasa Melayu dijemput untuk menghadiri konsert tersebut — kerana ianya mendapat tajaan syarikat judi terbesar Malaysia.

rotikaya.com

Demi menjaga sensitiviti masyarakat, pihak penganjur khabarnya tidak mahu menjemput langsung media berbahasa Melayu namun pihak akhbar Berita Harian dan Kosmo! sendiri telah merayu dan meminta diberikan tiket untuk menghadiri konsert tersebut atas dasar bangga dengan pencapaian Shila Amzah selama ini — menurut wartawan yang hadir.

rotikaya.com

Baca Kenyataan Kosmo! Di Bawah Berhubung Isu Media Melayu Tidak Mendapat Jemputan Ke Konsert Shila Amzah:

Image via budiey.com

"Kosmo! menerima undangan liputan konsert tersebut pada saat akhir selepas meminta kebenaran daripada pihak penganjur untuk membuat liputan konsert tersebut. Itupun selepas meminta seperti pengemis, demi berasa bangga dengan pencapaian Shila Amzah."

kosmo.com.my

"Sebenarnya, kami memahami faktor mengapa media Melayu barangkali tidak dijemput kerana difahamkan ia mendapat tajaan daripada syarikat judi nombor satu negara yang memahami syarat bahawa media Melayu perlu ditapis sensitivitinya."

kosmo.com.my

"Jadi mengapa tidak Shila pandang positif tentang ketidakhadiran media Melayu membuat liputan konsert tersebut?" ujar portal Kosmo!.

kosmo.com.my

Kali Ini, Respon Netizen Tidak Lagi Terarah Kepada Media Melayu Sahaja. Shila Amzah Turut Terkena Tempias Sejurus Selepas Laporan Tersebut Disiarkan.

Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com

Jadi, Mana Satu Yang Betul? Jika Dilihatkan Pada Poster Konsert Di Bawah, Tiada Pula Tertera Tajaan Daripada Mana-Mana Syarikat Judi. Tinjauan SAYS Juga Tidak Berjaya Mengenal Pasti Mengenai Dakwaan Berkenaan.

Apa-Apa Pun, SAYS Mengucapkan Tahniah Kepada Shila Amzah Di Atas Pencapaian Membuat Konsert Solo Pertama. Semoga Terus Sukses Di Masa Hadapan!

Image via budiey.com

Jika Anda Tanya Soalan Seperti, "Eh SAYS pun tak buat liputan konsert Shila Amzah jugak ke?". Jawapannya Mudah, "Ada".

You may be interested in: