seismik

"Tak Nak Anak Perempuan Ke?" - Ada 5 Anak Lelaki, Ibu Ini Hanya Tersenyum & Kongsi Hikmah

Tiada anak perempuan bukan bermakna tidak sempurna.

Cover image via SAYS via Siti Maisarah Saifuddin

Setiap ibu bapa mengimpikan sebuah keluarga bahagia bersama anak-anak

Gambar sekadar hiasan.

Image via sinarpaginewsutama.com

Ada pasangan yang mengidamkan keluarga kecil, ada juga yang mengidamkan keluarga besar.

Untuk soal anak pula, ada juga yang merancang dan mengimpikan jumlah anak yang seimbang dari segi jantina. Contohnya dua anak lelaki dan dua anak perempuan, atau seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Tanyalah mana-mana ibu bapa sekali pun, pasti kesemua mereka mahukan cahaya mata lelaki dan perempuan.

Tetapi, tidak semua ibu bapa bernasib baik dan dikurniakan kedua-dua cahaya mata ini

Sesetengah pasangan langsung tidak dikurniakan sebarang cahaya mata. Dalam situasi lain, ada pula pasangan yang diberi rezeki anak, tetapi tidak seperti yang diinginkan.

Perkongsian dari Puan Siti Maisarah Saifuddin di FB ini adalah salah satu contoh yang paling tepat. Ibu kepada 5 orang anak lelaki ini sering diaju soalan seperti, "Tak teringin anak perempuan ke?" ke mana saja dia pergi.

Si ibu yang tabah ini hanya tersenyum setiap kali ditanya soalan itu dan berkongsi hikmah di sebalik tidak mempunyai anak perempuan.

Baca di bawah:

Story sharing harini..

Apabila saya kemana, ditanya dengan persoalan,

"Ya Allah, semua 5 lelaki ke? Macamana Sarah jaga?"

Saya hanya mampu tersenyum.
Sempat saya berseloroh,
"Anak pertama kedua ni, memang jadi harimau singa.
Tapi masuk no 5, dah jadi Naga berapi uminya. Hahaha"

Org arab kata, Get what I mean?
Yes! Bukan semudah yg disangka.

Kalau yg pertama lelaki, adalah bonus bagi saya.
Anak kedua lelaki, Allah nak bagi Kawan Untuk abangnya.
Anak ketiga juga lelaki, Allah nk bagi Geng Surau ayahnya.
Yang keEmpat juga lelaki, itu tanda Allah cukup kan pengusung Jenazah saya.

Dan apabila yg ke5 juga lelaki,
Tiada ungkapan yg terbaik melainkan syukur tak terhingga.
Bererti Allah izinkan saya merasa menjadi Permaisuri dikalangan mereka.

Seringkali juga saya ditanya,
"Tak teringin ke Anak perempuan? "
Tipulah kalau tak teringin. Saya juga manusia normal.
Tapi itu kuasa Allah swt.
Bukan terletak pada kuasa saya.

Allah lebih mengetahui,
Kenapa Allah mengurniakan saya semua Anak lelaki.
Kerana Allah mahu saya kuat!

Ya!. Saya mesti kuat.
Untuk mereka. Untuk saya.

Wahai IBU yang punya Anak semua lelaki,
Jangan sedih. Jangan merintih.
Berbanggalah kerana kita menjadi cinta pertama buat mereka..

Ya Allah,
Jaga kan pahlawan muda saya.
Moga menjadi pahlawan syurga.amin.

Doakan saya moga kuat menjaga mereka..

#cintapertamaanaklelaki
#kisahbenar
#kisahsaya

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ibu bapa sila baca dan jadikan panduan:

You may be interested in: