3 Negara Ini Pernah ‘Mengharamkan’ Dr Zakir Naik Memberi Ceramah Di Sana. Apa Sebabnya?

Info – Dr Zakir Abdul Karim adalah seorang pemidato antarabangsa mengenai Islam dan perbandingan agama lain. Beliau dilahirkan pada 18 Oktober 1965 di Mumbai, India.

Enlarge text
Cover ImageCover image via freemalaysiatoday.com

11 April lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengarahkan penganjur satu forum agama di Universiti Teknologi Melaka (UTeM) untuk membatalkan program yang menampilkan pendakwah Islam kontroversi Dr Zakir Naik

Forum yang bertajuk **"Similarities Between Hinduism and Islam"** itu dibatalkan atas alasan ia boleh mengganggu gugat ketenteraman awam kerana berunsur sensiviti keagamaan.

Ketua Polis Negara, **Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata,** pihak polis akan memanggil penganjur forum berkenaan untuk mencadangkan agar ia tidak diteruskan.

Bagaimanapun, semalam, kerajaan mengambil keputusan membenarkan penceramah tersebut meneruskan ceramah beliau di Melaka pada 17 April ini dengan syarat, program tersebut ditukar namanya

Sebelum Malaysia, terdapat beberapa negara yang sudah 'mengharamkan' ceramah ilmuwan Islam hebat ini, antaranya adalah Kanada dan United Kingdom

Memetik laporan [BBC](http://www.bbc.com/news/10349564) pada 18 June 2010, penceramah yang berasal dari India itu telah diharamkan untuk memberi ucapannya di London berikutan kenyataannya di dalam satu video YouTube yang bertajuk **'Zakir Naik – Specious explanation about bin Laden.'**

Di dalam video tersebut, beliau berkata bahawa sekiranya pemimpin Al Qaeda Osama bin Laden memerangi musuh-musuh Islam, beliau akan turut bersama Laden.

Setiausaha dalam negeri United Kingdom, **Theresa May** berkata, datang ke UK adalah satu keistimewaan, bukan hak dan dia tidak bersedia untuk membenarkan orang-orang yang mungkin tidak memberi kebaikan kepada orang awam untuk memasuki negara itu.

Baca laporan penuh BBC [di sini.](http://www.bbc.com/news/10349564)

Manakala pada 1 Julai 2010, dailymuslims.com melaporkan bahawa Dr Zakir Naik juga telah 'diharamkan' memberi ceramah di Kanada

Bukan itu sahaja, **Ministry of Citizenship and Immigration** di Kanada juga telah mengharamkan aktivis keamanan yang lain daripada memasuki negara tersebut.

Beliau dilaporkan akan menyampaikan satu syarahan yang bertajuk **'The Journey of Faith Conference'** yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen Metro Toronto, pada 2 hingga 4 Julai 2010 lalu.

Dikatakan individu yang paling gembira dengan perkhabaran tersebut adalah **Bernie Farber, Ketua Pegawai Eksekutif Kongres Yahudi Kanada.**

Baca laporan penuh [di sini.](http://dailymuslims.com/2010/07/01/dr-zakir-naik-banned-from-entering-canada-another-slap-on-the-face-of-canadian-values/)

Image via Gulf News

Kemudian, pada tahun 2015, sekali lagi beliau dilarang untuk memberi ucapan di sebuah daerah di negara kelahirannya sendiri iaitu di India

Menurut laporan [Times of India](http://timesofindia.indiatimes.com/city/mangaluru/City-police-bans-entry-of-Islamic-preacher-Dr-Zakir-Naik/articleshow/50344110.cms) polis di negara terbabit mengeluarkan perintah larangan **pendakwah Islam Dr Zakir Naik** daripada memasuki bandar **Mangaluru** dan memberi ucapan dan hujah di dalam sebuah program yang berlangsung pada 31 Disember hingga 6 Januari lalu.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Menarik di SAYS: