'Valet Doa' Tak Ikut Syariat Islam, Tapi Haji Arin Tetap Tak Peduli. Jadi Macam Mana?

Haji Arin mempunyai minda seorang usahawan!

  • Cover image via SAYS
  • Sejak beberapa hari lepas, ramai orang bercakap mengenai satu topik viral di media sosial iaitu 'Valet Doa'

    • Kalau sebelum ini parking sahaja ada servis valet, sekarang ni doa pun dah ada!

    • Valet Doa merupakan satu servis untuk mendoakan hajat-hajat seseorang secara terus di Masjidil Haram, Mekah. Servis ini direka khas bagi sesiapa yang mempunyai hajat yang urgent, tetapi tidak dapat untuk ke Mekah dalam masa terdekat.

      Seperti yang dinyatakan oleh mereka:

      "Doa itu adalah senjata orang Mukmin. Kami membawa doa-doa Muslimin dan Muslimat terus ke Masjidil Haram pada bila-bila masa untuk keberkatan 100,000 kali ganda berbanding berdoa di tempat-tempat lain."

  • Valet Doa diasaskan oleh Nasrin Harin, 40, atau lebih dikenali dengan nama Haji Arin. Menurut FB, servis ini telah ditubuhkan pada 31 Januari 2017 yang lalu.

    • Haji Arin ada menulis satu status panjang di FB. Berikut merupakan sedikit kata-kata daripada beliau:

      SERVIS DOA DI MEKAH....1ST DI MALAYSIA...1ST DI DUNIA...!!!

      "Nama saya Nasrin Harin. Saya bukanlah ustaz, jauh sekali alim. Apatah lagi ulama. Cuma saya berpengalaman ke Tanah Haram. Dan bepengalaman dalam menerima pesanan dari saudara-mara, sahabat-handai dan kenalan untuk mendoakan hajat-hajat mereka di Tanah Suci Mekah dan Madinah.

      "Sebenarnya saya terfikir jika orang di sekeliling saya ramai yang berhajat, bagaimana pula orang lain? Terbukti ramai yang NAK mengadukan hajat mereka terus di Baitullah. Malangnya mereka tak dapat pergi sendiri kerana halangan tertentu. Jadi mereka pun pesan hajat kepada jemaah yang ke Tanah Haram. Dah jadi kebiasaan rupanya.

      "Jadi dari situ timbullah idea untuk menyediakan satu khidmat mendoakan hajat-hajat mereka yang tidak berkesempatan untuk ke Tanah Haram dalam masa terdekat, tetapi sangat-sangat berharap agar Allah dapat memakbulkan permintaan mereka dengan segera.

      "Jadi lahirlah Valet Doa."

      • Haji Arin bergambar di hadapan pintu masuk Makam Rasulullah di Madinah.
    • Boleh baca status penuh Haji Arin di sini.

  • Servis ini ternyata menimbulkan kemarahan orang ramai. Masing-masing menganggap Haji Arin merupakan seorang penunggang agama.

  • Jadi, boleh atau tidak sebenarnya servis sebegini dijalankan? Apa kata mufti?

    • Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri memberi penjelasan yang begitu terperinci dalam satu posting di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berjudul 'BAYAN LINNAS SIRI KE-85: PENJELASAN TENTANG VALET DOA'. Baca sedikit perkongsian beliau di bawah:

    • Beberapa Isu Yang Timbul Dalam Perniagaan Valet Doa

      Sebelum menyatakan pandangan kami berhubung isu ini, kami sempat meneliti copywriting yang diletakkan di Facebook Valet_Doa. Kami dapat mengesan beberapa masalah yang timbul pada bentuk perniagaan Valet Doa ini.

      Pertama: Etika Pengiklanan Dalam Islam

      Kami melihat, individu berkenaan kurang memerhatikan aspek etika pengiklanan dalam Islam. Antaranya:

      1. Seni pengiklanan yang berlebih-lebihan.
      2. Terdapat beberapa keraguan di dalam perniagaannya iaitu
      - Memberikan jaminan 100% pemakbulan doa, sedangkan ianya tidaklah sesuatu yang pasti dan pemakbulan Allah adalah hak mutlak Allah.
      - Berhubung ‘servis doa’, barang yang diniagakan dan diupahkan adalah kemakbulan doa sedangkan makbul atau tidaknya doa itu adalah hak Allah secara mutlak serta ianya bersifat tidak jelas kerana kemakbulan adalah mutlak bergantung kepada-Nya. Ia tetap tidak boleh dilakukan sekalipun ada jaminan wang dikembalikan. Ia juga tidak boleh diqiyaskan dengan badal haji kerana bukan haji mabrur yang diupahkan tetapi amalan badal haji itu sendiri yang boleh menerima upah.


      Kedua: Hak Mutlak Allah Sebagai al-Mujib

      Hak memakbulkan doa itu hanya milik mutlak Allah SWT. Tidak wajar mana-mana individu menjamin doanya akan dimakbulkan Allah SWT dalam keadaan hak tersebut bukan hak dirinya. Apatah lagi jika menetapkan tempoh masa tertentu untuk kemakbulan doa, seolah-olah individu terbabit memaksa Allah SWT untuk mengabulkan doa pada tempoh yang ditetapkan. Sedangkan, tempoh untuk memakbulkan doa terpulang mutlak kepada-Nya tanpa boleh dipaksa mana-mana hamba-Nya.

      Ketiga: Akhlak Dengan Allah SWT

      Oleh kerana acara doa merupakan ibadah yang sewajarnya dilakukan dengan syarat yang benar lagi tepat, maka sewajarnya kita mempunyai akhlak kepada Allah. Antara bentuk akhlak yang sesuai adalah, selayak dan seafdhalnya orang yang mempunyai hajat itu sendiri yang berdoa. Ini berdasarkan kepada perintah Allah dan suruhan-Nya kepada kita.

      Keempat: Salahfaham Konsep Doa

      *Dalam al-Qur’an bagaimana Allah mengajar Rasul-Nya SAW yang beliau sendiri tidak mempunyai kuasa untuk memberi manfaat dan mudarat kecuali Allah SWT. Sekiranya Rasulullah SAW sendiri menafikan dirinya berkuasa untuk mendatangkan mudarat dan manfaat kecuali Allah SWT, bagaimana pula seorang individu lain mampu menjamin kemakbulan doa secara yakin, dengan bersandarkan beberapa buah hadis yang disalahfahami? Justeru, semua doa yang kita pohon kepada-Nya yang memakbulkan hanyalah Dia yakni Allah SWT. Kerana itulah berkali-kali Allah menamakan diri-Nya dengan sami' al-dua' (yang mendengar doa).

      muftiwp.gov.my
  • "Dengan ini kami berpendapat, ia adalah sama sekali tidak menepati Islam yang sebenarnya, dan tidak mengikut syariat," ujar Mufti Wilayah Persekutuan.

      • Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.
    • Tambah beliau lagi:

      "Ini kerana, tiada dalam sejarah dan juga adab di kalangan salafussoleh berbuat demikian. Hatta bila Nabi SAW mahu menyertakan doa Saidina Umar RA dengannya, tiada sebarang syarat kewangan, upah atau bayaran yang dikenakan oleh Saidina Umar RA.

      "Kami juga melihat, penamaan pakej-pakej seperti 'Pakej Raja Salman' dan 'Pakej VIP' adalah sangat tidak berakhlak dan mengelirukan. Sementelahan lagi, ia jelas menunjukkan sifat komersialnya dan manipulasi doa.

      "Kami sarankan anjuran dan perniagaan seperti ini hendaklah
      DIBATALKAN agar Islam dilihat sebagai agama yang benar-benar mengikut neraca syariatnya dan terhindar daripada fitnah-fitnah dan eksploitasi ibadah. Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua dan menjadikan kita golongan yang benar-benar mengikut syariat-Nya, Amin."

      Baca entri penuh di sini.

      muftiwp.gov.my
  • Walaupun tidak mengikut syariat Islam, Haji Arin tetap berkeras dan mahu meneruskan perniagaan Valet Doa ini atas niat membantu dan memudahkan urusan orang ramai untuk berdoa.

    • *"Ini termasuk individu yang tidak berkemampuan untuk pergi kerana halangan seperti sakit atau terbabit dalam kemalangan. Saya yakin perkhidmatan dengan dijalankan ini, saya bukan membawa orang ramai melakukan maksiat.

      "Saya ajak orang berdoa ingat pada Allah. Perkhidmatan seumpama ini sebenarnya sudah lama dibuat namun tiada pihak melakukannya secara terurus atau mengiklankan perkhidmatan mereka. Bab doa termakbul yang saya nyatakan turut dirujuk daripada hadis sahih.

      "Memang ada hadis menyatakan tempat tertentu apabila kita berdoa pasti dimakbulkan Allah SWT, terutamanya ketika berada di Makkah," kata Haji Arin.

      hmetro.com.my
  • Tapi bila difikirkan semula, mana datangnya bisnes kalau bukan daripada demand. Lihat saja pada posting di bawah, ada saja yang mahu menggunakan servis ini.

  • Agak-agak, servis valet apa pula yang akan wujud selepas ini ya?

    • Kami ada menyediakan pakej VALET BERAK VVIP

      Kalau anda terasa nak berak tapi tak nak berak , segan nak berak , tak ada masa nak berak , terlalu sibuk untuk berak , terlampau kerap berak .....jangan risau jangan bimbang..... kami akan berak kan untuk anda .......

      Terdapat pelbagai pakej yg boleh dipilih ....

      Pakej diamond cirit birit , pakej zamrud sembelit , pakej intan buasir , pakej berlian taik terapung , pakej emas 999 tidak perlu lagi berak seumur hidup , pakej gangsa tompok2 taik unta , pakej titanium taik ku hijau macam mak kau!

  • Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Apa-apa pun, bertaubatlah...

Leave a comment