Wanita Maut Ditikam Di Muka Oleh Sepupu Sendiri

Jiran mangsa mendakwa terdengar bunyi bising dalam rumah itu kira-kira jam 9.20 malam.

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS

Seorang wanita maut selepas ditikam oleh sepupunya sendiri di bahagian muka dan bahu di Taman Temerloh Makmur, dekat Temerloh malam semalam

Mangsa, Robiatul Ain Mahamod, 27, ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kesan tikaman di ruang tamu rumahnya selepas dipercayai bertengkar dengan suspek lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai juga penagih dadah.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner Othman Nayan, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 9.40 malam dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 30 minit kemudian.

Robiatul Ain Mahamod, 27, maut akibat ditikam pada muka dan badan dalam kejadian di Temerloh, malam tadi.

Image via BH Online

Menurut laporan, jiran mangsa mendakwa terdengar bunyi bising dalam rumah itu kira-kira jam 9.20 malam yang dipercayai mangsa sedang bergaduh dengan sepupunya tersebut

Jirna mangsa seterusnya menghubungi bapa dan adik mangsa yang tiba di perkarangan rumah itu tidak lama kemudian.

Rumah yang menjadi lokasi wanita maut ditikam sepupu sendiri di Temerloh, malam tadi.

Image via BH Online

Difahamkan juga bapa mangsa adalah seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh

Menurut Othman lagi, suspek ditahan pada jam 10 malam hasil maklumat awam, ketika cuba bersembunyi di sebuah rumah kosong terletak kira-kira 70 meter dari tempat kejadian.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi kes jenayah di SINI:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: