Lagu Tema Upin Ipin, BoboiBoy, Didi & Friends Semuanya Dihasilkan Oleh Lelaki Ini. Hebat!

Yang popular semua dia buat.

  • Yuri Wong adalah seorang komposer dan penerbit muzik untuk Filem, TV dan banyak lagi.

    Beliau yang telah banyak meraih anugerah merupakan tunjang utama dalam penghasilan lagu tema untuk pelbagai siri popular tempatan.

    • Lagu-lagu tema yang dihasilkan Yuri Wong telah mencapai berjuta-juta tontonan di seluruh dunia.

      Pengetahuan beliau terhadap pelbagai genre muzik dan keupayaan untuk memainkan pelbagai instrumen membolehkan karyanya sesuai dengan pelbagai gaya.

  • Karier muzik Yuri bermula pada 2004 apabila kumpulan muziknya, Frequency Cannon menjuarai pertandingan Blast Off

    • Single pertama mereka, 'Girl', mencatatkan nombor 1 dalam carta Malaysia Top 10 dan dipaparkan dalam Gol & Gincu, filem yang diarahkan oleh pengarah terkenal Bernard Chauly.

      Lagu mereka seterusnya 'Fame & Glory' juga dipaparkan dalam filem tersebut. Ketika itu, Yuri mengasah kemahirannya sebagai penerbit dan komposer di sebuah studio muzik terkenal.

      Beberapa tahun kemudian, beliau memulakan studio sendiri, The Factory, yang menjadi pusat operasi beliau sehingga kini.

  • Berikut adalah senarai lagu tema popular tempatan yang telah mendapat sentuhan daripada Yuri Wong:

  • 1. Upin & Ipin

    • Upin & Ipin adalah siri animasi terbesar dan paling popular di Malaysia yang dihasilkan oleh Les' Copaque sejak 2007. Siri ini turut disiarkan di 15 negara lain seperti Indonesia, Singapura, Brunei, dan banyak lagi.

  • 2. Geng: Pengembaraan Bermula

    • Geng: Pengembaraan Bermula adalah filem animasi 3D CGI pertama yang dihasilkan di Malaysia. Filem ini berjaya mengutip sebanyak RM6.3 juta sepanjang tayangan hampir dua bulan pada tahun 2009.

  • 3. BoboiBoy The Movie

    • Rentetan kejayaan siri BoboiBoy, Animonsta Studios menghasilkan BoboiBoy The Movie pada tahun 2016. Filem ini telah memecah rekod sebagai filem animasi Malaysia dengan kutipan tertinggi iaitu sebanyak RM13 juta selepas hanya 17 hari tayangan.

  • 4. Didi and Friends

    • Animasi Didi and Friends berkembang pesat sejak diperkenal pada tahun 2014. Saluran YouTube animasi ini yang menyiarkan lagu kanak-kanak telah mendapat lebih 1 bilion tontonan. Kini, lagu-lagu dari siri ini menjadi siulan hampir setiap kanak-kanak di Malaysia.

  • 5. Omar dan Hana

    • Digital Durian yang memperkenal Didi and Friends turut tampil dengan kartun kanak-kanak berkonsep Islamik bernama Omar dan Hana. Animasi ini adalah antara yang paling pantas berkembang di Malaysia.

  • 6. Cam & Leon

    • Juga buatan Malaysia, animasi Cam & Leon yang dihasilkan oleh Giggle Garage semakin meningkat populariti di YouTube dari hari ke hari.

  • 7. Oh My English!

    • Oh My English! adalah sebuah drama bersiri yang bertemakan komedi dan pendidikan. Bersiaran di tiga saluran di Astro, drama ini merupakan usaha KPM untuk memperbaiki pertuturan Bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat Malaysia.

  • Nak tahu lagi mengenai Yuri Wong? Lihat video di bawah:

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Dah pernah dengar lagu Mambang dari Altimet? Ada macam-macam spekulasi kita dengar tentang lagu ini:

Most-read stories today

Leave a comment