Cara Keluarkan & Pindah Wang Simpanan KWSP Anda Dari Akaun 2 Ke Akaun 3
Inisiatif ini adalah untuk meningkatkan keselamatan pendapatan selepas persaraan dan bagi menangani keperluan kitaran hidup ahli.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP ahli baru-baru ini berkuat kuasa pada 12 Mei lepas
Untuk pengetahuan anda, KWSP kini memperkenalkan tiga akaun baharu:
- Akaun Persaraan (75%) : Sebelum ini dikenali sebagai Akaun 1, adalah untuk simpanan hari persaraan.
- Akaun Sejahtera (15%) : Sebelum ini dikenali sebagai Akaun 2, adalah untuk keperluan kitaran hayat semasa persaraan.
- Akaun Fleksibel (10%) : Memberikan anda fleksibiliti untuk membuat pengeluaran pada bila-bila masa untuk keperluan kewangan jangka pendek.
Image via KWSP
Berikut adalah cara pemindahan dari akaun 2 ke akaun 3
1. Log masuk i-Akaun
2. Klik 'Ketahui Lanjut'
3. Klik 'Seterusnya' untuk butiran lanjut
4. Klik 'Pindah Sekarang'
5. Baca 'Peringatan Penting', kemudian klik 'Teruskan' jika berminat
6. Klik 'Teruskan'. Anda boleh menyemak baki sebelum dan selepas pemindahan
7. Selepas anda baca dan setuju dengan terma, klik 'Terima'
8. Klik 'Ya' untuk meneruskan atau 'Tidak' untuk membatalkan permintaan
9. Permohonan anda telah berjaya dihantar
Permohonan pemindahan amaun awal anda akan mengambil masa 3 hingga 5 hari bekerja untuk diluluskan sebelum ia dipaparkan pada Akaun 3 anda (Fleksibel)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment