Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Dia Sebenarnya Buruk" - Pelayar Kapal Kongsi Saat Terjumpa Duyung Ketika Sedang Berlayar

Macam seram pula cerita dia.

Cover image via @mlstudiosmy (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kita pasti membesar dengan kisah-kisah fantasi seperti Duyung bukan?

Sejak kecil lagi, kita sering diberitahu bahawa Duyung ini merupakan separuh manusia dan separuh ikan.

Malah, di dalam kisah-kisah juga memberitahu dia adalah seorang wanita yang mempunyai wajah yang cantik. Namun, sehingga kini kesahihan itu masih belum dapat dibuktikan adakah ia benar ataupun tidak.

Baru-baru ini, seorang pelayar kapal berkongsi kisahnya ketika terjumpa dengan Duyung di lautan.

Image via @mlstudiosmy (Instagram)

Tak sangka rupa Duyung sebenarnya lain daripada yang dicerita

Menerusi video perkongsian @mlstudiosmy, seorang lelaki yang dikenali sebagai Ceo Kapal berkongsi pengalamannya ketika bertemu dengan Duyung.

Menurutnya, ketika itu dia sedang berlayar dalam sebuah kapal bersama dengan beberapa orang anak kapal untuk menuju ke sebuah destinasi.

Dia kemudian duduk di bahagian luar sambil menghadap laut untuk mengambil udara segar.

Namun, ketika itu kapalnya didatangi beberapa ekor ikan yang sedang mengelilingi sambil dilihat melakukan bulan kecil.

Dalam pada dia asyik melihat aksi tersebut, dia ternampak seperti seekor ikan yang mempunyai tangan dan separuh badan seperti manusia. 

Gambaran Duyung seperti yang diwar-warkan dalam kisah dongeng. (Gambar sekadar hiasan)

Image via Molchanavos

Apa yang lebih mengejutkannya adalah dia menyifatkan rupa 'duyung' tersebut kelihatan menakutkan dan buruk. Malah, dia memberitahu apa yang dinampaknya itu bukanlah seperti seorang wanita kerana 'benda' tersebut seperti mempunyai jambang.

Jelasnya lagi, mengapa dia tidak merakam atau mengambil gambar ketika itu adalah kerana telefon bimbitnya tidak berada dengannya ketika itu dan pada waktu itu telefon bimbit tidaklah sejelas dan secanggih sekarang.

Difahamkan, selepas kejadian itu, dia mengalami demam selama beberapa hari kerana terkejut dan ketakutan.

Dengar cerita penuh di bawah:

Kalau betul rupa duyung macam tu, memang menakutkan lah :0

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment