seismik

Jom Sertai LG Run & Berpeluang Bawa Pulang Hadiah Utama LG Washtower Serta Wang Tunai!

Tunggu apa lagi, ayuh sertai sekarang!

Cover image via OHBULAN! & LG Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh LG Malaysia.

Buat anda yang sukakan gaya hidup aktif, kami ada berita baik untuk anda!

Dalam menggalakkan rakyat Malaysia untuk meraikan kesejahteraan dan kegembiraan, LG Malaysia akan menganjurkan acara larian pertama mereka nanti iaitu Life’s Good Run (LG Run)!

Image via LG Malaysia

Untuk pengetahuan anda, Life’s Good Run yang akan berlangsung pada 4 Ogos 2024 di Anjung Floria, Putrajaya ini bertujuan untuk memupuk pengalaman Life’s Good sekaligus mengajak semua orang untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan positif bersama yang tersayang.

Menurut Justin Choi, Pengarah Urusan LG Malaysia, “Dalam memperkenalkan konsep ‘Life’s Good’ kepada semua, kami ingin mengintegrasikan kehidupan yang mulia dengan kesejahteraan sejagat melalui penyertaan dalam LG Run”

“Ketika peserta melintasi laluan yang direka dengan teliti, mereka akan dikelilingi oleh semangat sejiwa, semuanya bersatu dalam usaha kecergasan dan kebahagiaan terutama dalam mengatasi cabaran positif bersama anak-anak mereka. Ini, bagi kami, melambangkan Life’s Good iaitu panduan dalam segala yang kami lakukan,” katanya.

Untuk rekod, LG Run mempunyai dua kategori iaitu dewasa dan kanak-kanak serta terbahagi kepada dua laluan iaitu 5km dan 10km di sekitar Anjung Floria.

Kategori dewasa adalah seperti berikut:

Terbuka Lelaki: 16 – 39 tahun
Veteran Lelaki: 40 tahun dan ke atas
Lelaki (Bukan Warganegara Malaysia): 16 tahun dan ke atas

Terbuka Wanita: 16 – 39 tahun
Veteran Wanita: 40 tahun dan ke atas
Wanita (Bukan Warganegara Malaysia): 16 tahun dan ke atas

Pengambilan Pek Perlumbaan (Race Pack)

Manakala, bagi pengambilan pek perlumbaan adalah seperti berikut:

Tarikh: 26 – 28 Julai 2024
Masa: 10am hingga 6pm
Tempat: Main Atrium, Ground Floor, LaLaport BBCC

Image via LG Malaysia
Image via LG Malaysia
Image via LG Malaysia
Image via LG Malaysia

Menariknya, peserta akan disambut oleh angin lembut, kabus ethereal dan muzik latar yang dapat memberikan semangat serta pengalaman yang luar biasa sepanjang larian mereka nanti.

Selain itu, kawasan karnival LG Run juga akan dihiasi dengan pameran produk-produk yang menarik serta permainan tradisional Korea untuk peserta merasai keseronokan dan kenangan bersama keluarga.

Sertai LG Run dan berpeluang memenangi hadiah menarik!

Lebih menarik, hadiah yang ditawarkan bagi pemenang kategori 10km juga hebat-hebat belaka!

Anda tengok sahaja hadiah-hadiah yang ditawarkan di bawah ini, mesti ramai yang tidak sabar untuk turut serta!

Image via LG Malaysia

Tunggu apa lagi? Buat anda yang berminat untuk sertai LG Run ini, anda dah boleh dapatkan tiket bermula hari ini sehingga 14 Julai 2024 melalui laman web rasmi LG Run di sini.

Untuk maklumat lanjut, layari tentang LG Run, klik di sini atau ikuti Facebook LG Malaysia.

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik