seismik

Perhatian Kepada Semua Gen Z! Nak Artikel Anda Masuk Dalam SAYS? Ikut Cara Mudah Ini

Anda juga berpeluang untuk memenangi beberapa hadiah menarik tau!

Cover image via SAYS & Andrew Neel / Unsplash

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Adakah anda seorang penulis, suka berfikir, atau mempunyai mesej untuk dikongsi?

Kami baru saja melancarkan YouthSAYS dan ingin menyeru semua generasi muda untuk menyumbang buah fikiran, artikel dan penulisan kreatif dan berpeluang diterbitkan di SAYS, salah satu platform belia terkemuka di Malaysia.

Ini adalah peluang untuk anak muda Malaysia mempengaruhi, memberi inspirasi dan membuat perubahan dalam komuniti untuk masa depan.

Terbuka kepada semua pelajar berumur 15 hingga 25 tahun, peserta digalakkan untuk mengemukakan penulisan asal mereka

YouthSAYS mengalu-alukan berbagai perspektif mengenai topik yang berbeza. Daripada pengalaman peribadi kepada isu sosial, hobi, minat, atau petua untuk menjalani kehidupan yang lebih baik, ini adalah peluang untuk belia menyuarakan pendapat mereka.

Semua penyertaan hendaklah berdasarkan penulisan asal antara 500-1500 patah perkataan. Klik di sini untuk garis panduan.

Karya terpilih akan diterbitkan di SAYS, dan akaun media sosial rasmi kami, termasuk Facebook, Instagram, TikTok, dan X.

Selain itu, penulis yang terpilih juga akan menerima barangan eksklusif dan hadiah daripada pelbagai penaja! Antara ganjaran untuk direbut termasuklah beberapa barangan cool daripada Montigo.

Haa, excited tak? Jom layari laman web YouthSAYS untuk hantar karya anda, atau e-mel ke [email protected] untuk maklumat lanjut. Good luck!

Image via SAYS

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik