Petani 83 Tahun Pecah Rekod! Ada 16 Isteri, 104 Anak & 144 Cucu - "Nak Luaskan Keturunan"
Dah macam sekampung dia punya ramai tu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang petani di perkampungan kecil di Tanzania menjadi perhatian ramai kerana memiliki keluarga besar yang luar biasa
Menerusi laporan daripada Sinar Harian, Mzee Ernesto Muinuchi Kapinga, 83, mula membina keluarga besar itu selepas diminta oleh bapanya yang mahu memperluaskan keturunan mereka.
Difahamkan, dia berkahwin dengan isteri pertamanya pada tahun 1961 menimang cahaya mata pertama setahun kemudian.
Namun, bapanya berpendapat satu isteri tidak mencukupi dan menawarkan untuk membayar mas kahwin bagi lima lagi isteri.
"Puak kita kecil, saya mahu kamu membesarkannya," pesan bapanya.
Image via Sinar Harian
Pernah memiliki 20 isteri pada satu ketika
Walau bagaimanapun, ada yang telah meninggal dunia dan ada juga yang memilih untuk meninggalkannya. Kini, jumlah isterinya adalah seramai 16 orang termasuk tujuh daripadanya merupakan adik-beradik perempuan.
Menurut isteri-isteri Kapinga, mereka menyifatkan kehidupan mereka bahagia kerana memiliki suami yang bertanggungjawab dan menghormati wanita.
"Saya mendengar tentang kehidupan bahagia kakak saya bersama Kapinga, jadi saya juga mahu merasainya," kata salah seorang isterinya.
Setiap isteri ada rumah dan dapur sendiri
Menurut Kapinga, rumah tangganya teratur kerana setiap isteri mempunyai rumah dan dapur masing-masing. Mereka bertani, makan dan bekerja bersama sebagai satu sistem keluarga yang tersusun.
"Ini bukan sekadar rumah, ia satu sistem yang berfungsi dengan baik," katanya.
Bagi menampung kehidupan seharian keluarga besar itu, mereka bergantung sepenuhnya pada hasil pertanian dan ternakan sendiri. Mereka menanam jagung, kacang, ubi kayu dan pisang, serta menjual lebihan hasil untuk menampung keperluan lain.
Memiliki lebih 100 anak dan ratusan cucu, Kapinga mengakui dia tidak mampu mengingati kesemua nama mereka.
"Saya ingat kira-kira 50 nama, selebihnya saya kenal bila melihat wajah mereka saja," katanya lagi.
Tambahnya, keluarga mereka sepatutnya lebih besar jika dikira termasuk 40 anak yang meninggal dunia akibat penyakit dan kemalangan.
"Saya sentiasa mengenang mereka yang telah tiada, tapi saya perlu teruskan hidup kerana masih ramai anak-anak yang memerlukan perhatian saya," katanya lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment