seismik

Postal Forum Galakkan Pengguna Membuat Pilihan Yang Tepat Untuk Pengalaman Membeli Online

Perkhidmatan kurier ini sangat penting untuk mereka yang suka membeli secara dalam talian.

Cover image via Site Giant (Gambar sekadar hiasan) & Provided to SEISMIK

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh Postal Forum.

Zaman sekarang, ramai yang memilih untuk membeli barangan secara online sahaja

Bukan hanya dapat menjimatkan masa, malah ia dapat menjimatkan kos perjalanan anada ke tempat tertentu.

Namun, adalah penting untuk anda membuat pilihan tepat antaranya dari segi pemilihan kurier, memilih untuk mengambil insurans bagi bungkusan bernilai tinggi dan bungkusan yang selamat agar pengalaman membeli anda berjalan dengan lancar.

Tetapi, ada juga yang berdepan banyak masalah dengan kurier penghantaran mereka. Ia telah menjejaskan pengalaman membeli-belah anda.

Sebab itu adanya Postal Forum yang berfungsi untuk memastikan hak dan kepentingan pengguna perkhidmatan kurier terpelihara.

Postal Forum ialah badan kawal selia sendiri yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah Seksyen 49 dan 50 Akta Perkhidmatan Pos 2012 (Akta 741)

Tujuan mereka adalah untuk memberi maklum balas dan membuat syor kepada SKMM mengenai sebarang perkara yang berkaitan dengan kepentingan pengguna industri perkhidmatan pos dan kurier.

Antara fungsi Postal Forum adalah untuk mengenal pasti dan sentiasa menyemak perkara yang melibatkan pengguna, mewakili kepentingan pengguna termasuk pengendalian aduan, dan menggalakkan minat pengguna berhubung dengan tarif dan piawaian industri pos dan kurier.

Melalui Postal Forum, pengguna boleh mendapatkan bantuan daripada mereka untuk menyelesaikan sebarang aduan sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan penyelesaian yang diberikan oleh kurier.

Postal Forum juga mengadakan banyak program-program advokasi dan kesedaran kepada pengguna kurier.

Sebagai contoh, pengguna boleh mengetahui cara nak pilih 'courier service' yang berlesen, cara untuk track parcel, kepentingan tambah insurans untuk barangan yang bernilai tinggi dan juga bagaimana nak elak daripada kena scam. Bukan itu sahaja, sebenarnya banyak lagi langkah mengenai keselamatan tentang 'courier service' di Malaysia yang anda boleh dapat.

Bagaimana dan bila Postal Forum boleh membantu?

Postal Forum boleh membantu anda apabila ia terlibat dalam aduan tentang penyedia perkhidmatan kurier, ia mesti diberi peluang terlebih dahulu untuk menyelesaikan pertikaian tersebut.

Anda sebagai pengguna perlu membuat aduan kepada penyedia perkhidmatan kurier mengikut garis panduan aduan mereka sebaik sahaja menyedari isu tersebut.

Penyedia perkhidmatan kurier perlu menjawab aduan, selepas itu aduan boleh dirujuk kepada Postal Forum untuk tindakan atau siasatan seterusnya. Postal Forum hanya boleh mempertimbangkan aduan selepas pembekal perkhidmatan kurier mempunyai peluang untuk menyelesaikannya.

Untuk keselamatan anda, Postal Forum ingin mengingatkan anda agar menggunakan perkhidmatan kurier yang berlesen dan berdaftar supaya segala proses berjalan lancar.

Sebagai badan yang dikawal sendiri, Postal Forum tidak memihak kepada sesiapa dan mereka membuat keputusan berdasarkan fakta. Mereka menjadi pengantara aduan daripada pengguna tentang penyedia perkhidmatan kurier yang menyediakan perkhidmatan pos dan kurier kepada orang ramai.

Jadi, anda sebagai pengguna dinasihatkan untuk menyimpan semua jenis dokumentasi yang berkaitan dengan pembelian atau perkhidmatan yang diterima.

Bukti biasa yang diperlukan ialah resit, invois, bahan, penghantaran kerosakan atau apa-apa jenis dokumen atau bahan lain yang akan membantu anda dalam aduan anda.

Baru-baru ini, SAYS Seismik ada menjalankan soal selidik tentang tahap kepuasan pengguna terhadap 'courier service' di Malaysia untuk penambahbaikan

Berdasarkan soal selidik yang dijalankan, rata-rata pengguna berkongsikan pengalaman mereka menggunakan servis courier yang ada di Malaysia.

Jawapan skala 1 hingga 5 turut diberikan kepada mereka untuk menunjukkan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan penghantaran yang pernah digunakan.

Antara soalan yang ditanya kepada pelanggan yang menjawab soal selidik adalah tentang adakah penghantaran courier yang mereka gunakan tepat pada masa, keselamatan dan perlindungan bungkusan semasa penghantaran serta banyak lagi.

Anda boleh baca artikel di SINI untuk rujukan soal selidik penuh tentang tahap kepuasan pengguna terhadap 'courier service' di Malaysia untuk penambahbaikan.

Sebagai pengguna, adalah hak anda untuk mendapatkan perkhidmatan yang memuaskan daripada pembekal perkhidmatan kurier anda.

Jika aduan anda dengan syarikat kurier tidak diselesaikan, anda boleh menghubungi Postal Forum di Facebook dan Instagram!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik