seismik

Siri HUAWEI Pura 70 'Raja' Kamera Kepada Telefon Pintar, Lebih Power Dengan AppGallery

Barulah puas bergambar dengan HUAWEI!

Cover image via HUAWEI

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh HUAWEI.

Pelancaran telefon pintar HUAWEI baru iaitu, HUAWEI Pura 70, HUAWEI Pura 740 Pro dan HUAWEI Pura 70 Ultra

Siri baru ini datang dengan revolusi fotografi yang lebih canggih dan pastinya akan memberikan prestasi lebih unggul buat para pengguna.

Bukan saja menawarkan spesifikasi fotografi yang lebih cekap, malah ciri-ciri lain yang mantap juga melengkapkan sesebuah telefon pintar itu.

HUAWEI siri Pura 70 direka khas buat peminat fotografi, teknologi kamera terkini yang menjadikan standard baru di pasaran sudah tentu akan menambat hati anda.

Jom ketahui dengan lebih lanjut keunikan siri telefon pintar ini!

1. Kamera yang lebih cekap

Image via HUAWEI

HUAWEI Pura 70 Series menampilkan ciri Ultra-Speed Snapshot. Fungsi ini membolehkan pengguna menangkap momen secara lebih tepat dan jelas. 

Model HUAWEI Pura 70 Pro dan Ultra memperkenalkan Ultra Lighting Super Macro, ciri terkemuka dalam industri yang direka untuk menangkap gambar yang rumit dengan jarak dekat. Sebagai contoh, sayap rama-rama, lapisan bawang merah atau mata kucing kegemaran anda. 

Sudah pasti ramai yang suka menangkap momen pada waktu malam yang penuh dengan cahaya bukan? Siri HUAWEI Pura 70 boleh menghasilkan potret malam yang sangat jelas dengan pergerakan cahaya rendah. 

Dilengkapi lagi dengan spefikasi zoom, HUAWEI Pura 70 menawarkan zoom optik sehingga 5x dan zoom julat sehingga 100x. Manakala, model Pura 70 Pro dan Ultra  menampilkan zoom optik sehingga 3.5x dan julat zoom 200x.

Fungsi ini sangat sesuai untuk pengguna yang gemar menangkap pemandangan malam bandar atau konsert. Memang jelas dan terperinci!

2. Reka ciri paparan yang smooth

Image via HUAWEI

Siri HUAWEI Pura 70 menggunakan teknologi paparan skrin X-True. Untuk model Pura 70, ia memiliki PWM dimming mode yang berfrekuensi tinggi sehingga 1440Hz dan kadar segar semula sehingga 120Hz. Hal tersebut akan memastikan pengguna mempunyai pengalaman menonton yang lancar. 

Untuk model Pura 70 Pro dan Ultra, HUAWEI telah menambahbaik skrin lengkung. Pengguna dapat menikmati rekaan yang lebih cantik dan selesa dipegang. 

3. Bateri sokongan HUAWEI SuperCharge

Image via HUAWEI

Bateri dan pengecasan HUAWEI memang tiada bandingannya. HUAWEI SuperCharge membolehkan telefon pintar anda kekal berkuasa sepanjang hari tau!

Untuk model Pura 70 Pro dan Ultra menawarkan 80W Wireless HUAWEI SuperCharge dan 20W Wireless Reversed Charge. Ia menyediakan keselesaan dan fleksibiliti tambahan dalam pilihan pengecasan.

Tambahan pula, kapasiti bateri yang besar dapat memenuhi keperluan penggunaan yang berbeza.

Pura 70 Ultra menampilkan bateri 5200mAh, manakala Pura 70 Pro dengan bateri 5050mAh dan Pura 70 dengan bateri 4900mAh.

4. Peroleh pelbagai manfaat menerusi HUAWEI AppGallery

Kini semuanya lebih mudah dengan adanya HUAWEI AppGallery kerana ia menawarkan pelbagai pilihan aplikasi popular seperti WhatsApp, Instagram, Maybank dan banyak lagi untuk pengguna. 

Google Drive juga tersedia di HUAWEI AppGallery. Namun, terdapat sesetengah aplikasi yang memerlukan anda untuk memuat turun daripada Google Play menerusi HUAWEI App Gallery seperti Netflix dan HSBC Malaysia. 

Tunggu apa lagi? Jom dapatkan HUAWEI siri Pura 70 terkini sekarang!

Image via HUAWEI

Harga pasaran:

  • HUAWEI Pura 70 Ultra: RM6,599
  • HUAWEI Pura 70 Pro: RM4,899
  • HUAWEI Pura 70: RM3,699

Sempena pelancaran telefon pintar baru, anda berpeluang untuk mendapatkan HUAWEI FreeBuds Pro 3 dan tawaran menarik di AppGallery bernilai sehinga RM2,376!

Image via HUAWEI

Pengguna HUAWEI yang trade-in gajet juga akan menerima diskaun dan rebat sehingga RM500!

Untuk info lebih lanjut, sila layari pautan berikut.

Laman web rasmi HUAWEI: https://bit.ly/3WTv7kO
Shopee: https://bit.ly/4ayVxeM
Lazada: https://bit.ly/4aDHdSm

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik