TikToker Rayyan Wong Ditahan Lepas Fitnah Agong, PMX & TMJ Makan Di Restoran Tak Halal
Difahamkan, Rayyan ditahan pada Rabu, 18 Disember.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang remaja dan TikToker yang dikenali sebagai Rayyan Wong ditahan bagi siasatan lanjut berkaitan konten berunsur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor dan Perdana Menteri yang dimuat naik di akaun TikToknya baru-baru ini
Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, sebelum itu laporan dibuat pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkaitan kandungan berkenaan.
"Siasatan lanjut dijalankan kemudiannya membawa kepada tangkapan suspek. Pegawai itu melihat kandungan terbabit yang dimuat naik pada jam 4.30 petang oleh pemilik akaun Tik Tok terbabit di aplikasi TikTok.
"Selain tangkapan, polis juga turut merampas telefon pintar dipercayai milik suspek," katanya.
Image via Sinar Harian
Terdahulu, Rayyan memuat naik sebuah video mendakwa restoran Cina yang dimakan oleh Agong, Perdana Menteri dan Tunku Mahkota Ismail tidak disahkan halal
Image via Quran Hour
Konten terbabit didapati bersifat jelik yang dipercayai dengan niat untuk menyakitkan hati, memperlekeh dan menghina institusi diraja.
Menurut Tan Sri Razarudin lagi, ia juga turut didapati membangkitkan kebencian serta provokasi terhadap Institusi Diraja yang berpotensi mengganggu-gugat keselamatan awam dan keharmonian negara.
Difahamkan, kes terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.
Dalam pada itu, Rayyan turut membuat permohonan maaf selepas kes tersebut tular di media sosial.
Image via @ryanwong_5845 (TikTok)
Lihat video di bawah:
Leave a comment