1,500 Pemimpin Agama Dari Seluruh Dunia Bakal Berhimpun Di Kuala Lumpur Bincang Keamanan Global
Difahamkan, majlis perasmian akan disempurnakan oleh Sultan Nazrin Shah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan dunia apabila kira-kira 1,500 pemimpin agama, ulama, cendekiawan, ahli akademik dan pembuat dasar dari 31 negara dijadual berhimpun di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) esok bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Agama Antarabangsa Ketiga
Menurut laporan Berita Harian, persidangan yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Muslim World League (MWL) itu bakal memberi fokus kepada isu keamanan global, keharmonian sosial serta pembangunan golongan belia dalam dunia yang semakin mencabar.
Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, penganjuran sidang kemuncak berkenaan mencerminkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap peranan Malaysia sebagai negara yang mengangkat nilai kesederhanaan, perpaduan dan dialog dalam usaha memperkukuh keamanan sejagat.
Menurut beliau, persidangan itu selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kepentingan keharmonian, persefahaman dan kehidupan bersama secara aman dalam masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee
Image via Berita HarianMajlis perasmian akan disempurnakan oleh Sultan Nazrin Shah dan turut dihadiri Anwar Ibrahim, selain Setiausaha Agung Muslim World League, Mohammad Abdul Kareem Al-Issa serta delegasi antarabangsa
Sebanyak 18 pembentang dan panelis antarabangsa dijangka berkongsi pandangan menerusi empat tema utama, termasuk usaha memperkukuh keharmonian sosial dan saling menghormati, memperkasakan belia melalui pendidikan dan kepimpinan, menangani cabaran generasi muda serta memperkasa peranan pemimpin agama dalam pembangunan belia.
Persidangan tersebut juga akan disiarkan secara langsung menerusi platform media sosial rasmi JAKIM dan MWL bagi membolehkan orang ramai mengikuti perbincangan yang berlangsung sepanjang acara.
Penganjuran sidang kemuncak ini dilihat mampu mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai platform dialog global yang dipercayai dalam membincangkan isu keamanan, perpaduan dan kesejahteraan masyarakat dunia.
Lihat posting di bawah:


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via