Bantuan ‘One-Off’ RM1,000 Untuk Anak OKU & Permohonan Subsidi Yuran Autisme 2026 Kini Dibuka

Pemberian subsidi ini bagi menampung kos terapi dan pendidikan anak autisme yang memerlukan perbelanjaan tinggi setiap bulan.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak autisme kini boleh menarik nafas lega apabila Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengumumkan bahawa permohonan Subsidi Yuran Pembelajaran Autisme 2026 rasmi dibuka bermula hari ini, 15 Mei hingga 15 Julai 2026

Menerusi perkongsian di Facebook, JKM memaklumkan bantuan khas berbentuk 'one-off' sebanyak RM1,000 itu diwujudkan bagi membantu meringankan kos pembelajaran dan terapi anak-anak autisme yang layak.

Inisiatif berkenaan dilaksanakan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sebagai usaha menyokong keluarga yang mempunyai anak istimewa, khususnya dalam mendapatkan akses pendidikan dan intervensi awal yang lebih baik.

SAYS.com
Image via Jabatan Kebajikan Masyarakat (Facebook)

Menurut JKM, antara syarat utama permohonan ialah kanak-kanak tersebut mestilah warganegara Malaysia, mempunyai kad OKU dan berusia bawah 18 tahun

Dalam masa sama, pendapatan per kapita isi rumah juga tidak boleh melebihi RM5,000 sebulan. Pengiraan per kapita boleh dibuat dengan membahagikan jumlah pendapatan isi rumah dengan jumlah ahli keluarga yang tinggal bersama.

Selain itu, anak autisme tersebut juga perlu mengikuti pembelajaran di pusat yang bertauliah iaitu Pusat Pembelajaran Autisme (PUSPA) yang menyediakan perkhidmatan terapi atau Program Intervensi Awal (EIP).

Menurut statistik sehingga April 2026, seramai 99,459 individu autisme telah berdaftar dengan JKM di seluruh negara.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via UTHM News

Cara mohon subsidi yuran pembelajaran autisme 2026

Bagi ibu bapa atau penjaga yang ingin membuat permohonan, berikut langkah yang perlu dilakukan:

1. Isi borang permohonan
Borang boleh didapatkan menerusi laman web rasmi JKM atau di Pejabat Kebajikan Masyarakat berhampiran.

2. Hantar ke PUSPA anak
Borang yang lengkap perlu diserahkan kepada pihak Pusat Pembelajaran Autisme (PUSPA) tempat anak mengikuti pembelajaran.

3. Pengesahan pihak PUSPA
Pihak PUSPA akan membuat pengesahan sebelum menghantar borang lengkap ke Pejabat Kebajikan Masyarakat berdekatan.

4. Tunggu proses kelulusan
Permohonan akan melalui proses semakan dan kelulusan rasmi oleh pihak JKM.

Lihat hantaran di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: