Barisan Baru Diperkenalkan, Fly FM Breakfast Show Dengan Ean, Adam Raqeem & Nadia

Pagi anda bakal menjadi lebih meriah dengan FLY FM Breakfast Show!

Enlarge text
Cover Image

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Fly FM memperkenalkan barisan terbaru mereka buat segment Breakfast Show dengan gabungan Ean, Adam Raqeen dan Nadia

Mereka bertiga ini bakal menjadi penghibur anda di pagi hari dengan pelbagai topik trending, permainan interaktif dan sudah semestinya dengan lagu-lagu hit terkini.

Trio terbaru ini juga menandakan era segar baru buat Fly FM dalam usaha mereka mendekati pendengar muda menerusi kandungan lebih santai, dekat dan relevan kepada kehidupan seharian rakyat Malaysia.

Ean adalah antara veteran penyampai radio Malaysia dengan lebih dua dekad pengalaman akan menjadi tunjang utama Breakfast Show dengan identiti spontan, gaya penceritaan santai dan impersonasi yang menghiburkan.

SAYS.com
Image via Fly FM

Gabungan Adam dan Nadia memberikan warna berbeza kepada Breakfast Show

Selain aktif di konti radio, Ean juga dikenali peminat sebagai seorang pencinta kucing, penggemar budaya pop, pemain gitar dan aktif menjaga kecergasan.

Menurut Ean, gabungan bersama Adam dan Nadia memberikan warna berbeza buat Breakfast Show.

"Saya sangat teruja dapat bekerjasama dengan Adam dan Nadia sebab mereka membawa tenaga yang berbeza.

"Bagi saya, kami masih mengekalkan apa yang pendengar suka tentang segmen pagi Fly FM, tetapi kali ini dengan sentuhan yang lebih segar dan dekat dengan Malaysia hari ini,"
katanya.

Adam Raqeem bakal membawa aura "class clown" selain terkenal sebagai peminat sukan, filem, makanan serta budaya anime dan gaming.

Bagi Nadia pula, kehadirannya ada menerusi kandungan berkaitan kencatikan, fesyen dan gaya hidup disamping membawa perspektif Gen Z yang lebih santai.

SAYS.com
Image via Fly FM

Fly FM juga berkongsi dengan semua barisan terkini mereka yang bakal menemani semua pendengar radio.

Menurut Fly FM, mereka mahu membawa siaran radio ini ke arah lebih segar dengan suara muda dan sembang santai yang lebih rapat kepada pendengar Malaysia setiap pagi.

Stesen radio ini kini telah mencapai lebih 2 juta rakyat Malaysia menerusi radio dan juga platform digital.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: