Belanja RM500k Buat Majlis Tema Hantu, Penganjur Berdepan Denda & Penjara Jika Sabit Kesalahan

Difahamkan majlis tersebut merupakan sambutan hari lahir dengan tema 'perkampungan bunian'

Enlarge text
Cover Image

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang usahawan baru-baru ini tular di kerana menganjurkan satu majlis hari jadi dengan tema 'perkampungan bunian'

Usahawan tersebut telah memuat naik satu video menunjukkan sambutan mewah itu dan dianggarkan menelan belanja sebanyak RM500,000.

Menurut laporan dari Harian Metro, jika didapati bersalah, usahawan dan pempengaruh media sosial dari Kelantan itu boleh berdepan dengan denda sehingga RM5,000, penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

SAYS.com
Image via VOCKET

Wanita tersebut boleh dikenakan tindakan sekiranya Mahkamah Syariah mendapati dia bersalah kerana menggalakkan perbuatan yang dianggap bercanggah dengan ajaran Islam.

Video tersebut telah mendapat banyak reaksi tidak tenang dari netizen terutamanya di laman Threads. Majlis tersebut telah diadakan di kediamannya di Tumpat dan menjadi tular di media sosial.

View on Threads

Maklumat tambahan dan saksi lain akan dipanggil untuk membantu siasatan

"Ketika ini, kertas siasatan berada pada peringkat akhir oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) dan sebaik sahaja ia lengkap, ia akan diserahkan kepada Ketua Pendakwa Syarie.

"Jika pendakwa syarie bersetuju, kes itu akan difailkan di Mahkamah Syariah untuk pertuduhan mengikut Seksyen 12 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan,"
katanya.

Mengikut Seksyen 12 enakmen tersebut memperuntukkan bahawa mana-mana individu yang menasihati, menggalakkan atau menghasut orang lain untuk melakukan perbuatan yang dianggap tidak bermoral atau bertentangan dengan ajaran Islam melakukan suatu kesalahan dan, jika disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

SAYS.com
Image via Sirap Limau

Farhana Zahra, 34, telah dipanggil pihak berkuasa agama mengenai majlis sambutan hari lahir bertemakan "Perkampungan Bunian" untuk anak-anak perempuannya yang dikatakan menelan belanja lebih kurang RM500,000.

SAYS.com
Image via Farhana Zahra / Facebook

Farhana Zahra selaku usahawan juga telah mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini dan mengambil pengajaran atas semua salah silapnya mengenai majlis tersebut. Dia juga telah berjumpa dengan wakil dari JAHEAIK untuk membincangkan perkara ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: