Chelsea Vs JDT Diawalkan, Penyokong Kini Boleh Saksikan Aksi Gergasi EPL Pada 9 Ogos

Menurut TEG Sport, perubahan jadual itu dibuat bagi memberi lebih banyak masa kepada kedua-dua pasukan membuat persiapan menjelang musim baharu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perlawanan persahabatan yang dinanti-nantikan antara juara Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea FC, kini akan berlangsung lebih awal daripada jadual asal

SAYS.com
Image via Harian Metro

Menurut laporan Harian Metro, penganjur acara, TEG Sport, mengumumkan bahawa perlawanan yang sebelum ini dijadualkan pada 11 Ogos telah diawalkan kepada 9 Ogos hasil persetujuan bersama kedua-dua pasukan.

Walaupun tarikh berubah, lokasi dan waktu perlawanan kekal sama iaitu pada pukul 8 malam di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri yang mampu menampung sehingga 34,000 penonton.

Menurut TEG Sport, perubahan jadual itu dibuat bagi memberi lebih banyak masa kepada kedua-dua pasukan membuat persiapan menjelang musim baharu.

Bagi penyokong yang sudah mendapatkan tiket, tidak perlu risau kerana semua tiket yang dibeli untuk tarikh asal masih sah digunakan tanpa sebarang pertukaran atau kemas kini.

Perlawanan ini dijangka menjadi antara aksi persahabatan paling dinanti-nantikan tahun ini apabila JDT berpeluang menguji kemampuan menentang salah satu kelab elit Eropah di hadapan penyokong sendiri

SAYS.com
Image via Berita Harian

Dalam masa sama, Chelsea yang kini dibimbing Xabi Alonso akan menggunakan perlawanan tersebut sebagai sebahagian daripada persiapan pramusim mereka menjelang kempen 2026/2027.

Menariknya, Johor Bahru menjadi destinasi terakhir siri jelajah pramusim Chelsea di rantau Asia-Pasifik selepas mereka beraksi di Australia, Hong Kong dan Indonesia.S

Sudah tentu, pertembungan antara Harimau Selatan dan The Blues ini bakal menjadi pentas yang dinanti-nantikan peminat bola sepak tempatan yang mahu melihat sendiri sejauh mana kemampuan wakil Malaysia menentang pasukan bertaraf dunia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: