Data Menunjukkan Hampir 60% Pekerja Adalah Obes – PERKESO

Analisis data saringan kesihatan dari tahun 2023 hingga 2025.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebanyak 59.2 peratus pekerja yang menjalani Program Saringan Kesihatan (HSP) anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti

Data ini telah didapati oleh PERKESO bagi tempoh 2023 hingga 2025 dimana dari nombor tersebut 19 peratus menghidapi diabetes dan 17.45 peratus mempunyai tekanan darah tinggi.

Menurut laporan dari BERNAMA, analisis ini telah dikongsikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, mengatakan 59.24 peratus ini mempunyai masalah kolesterol tinggi dengan profil risiko terlibat berada di dalam kalangan pekerja berusia 40 hingga 59 tahun.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sinar Harian

Fasa usia kritikal bagi risiko penyakit sebelum persaraan

"Kita perlu sedar bahawa memasuki fasa usia sebelum persaraan ialah tempoh produktif, tetapi pada masa yang sama, ia merupakan tempoh kritikal bagi risiko penyakit tidak berjangkit (NCD).

"Malah, Kementerian Kesihatan juga mendedahkan hanya 14.7% warga emas di Malaysia ketika ini dapat mencapai tahap penuaan sejahtera,"
katanya.

SAYS.com

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan

Image via Astro AwaniImage via

Khairul Firdaus juga menyuarakan kebimbangan terhadap penyakit kanser yang kekal menjadi punca kematian ketiga tertinggi dalam kalangan rakyat Malaysia dan kini semakin kerap berlaku dalam kalangan usia muda.

Beliau juga menyarankan agar kesedaran mengenai bahaya NCD (penyakit tidak berjangkit) tidak dipandang ringan dan pekerja disarankan untuk membudayakan hidup sihat serta pemakanan seimbang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: