DUN Negeri Sembilan Dibubarkan Secara Rasmi Hari Ini
Difahamkan, ia dilaksanakan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri ke-16.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi secara rasmi dibubarkan
Pembubaran ini dibuat untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.
Dilaporkan oleh Bernama, perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun pada sidang media khas di kediaman rasmi beliau dan mengakhiri spekulasi pembubaran DUN sejak beberapa minggu lepas.
Beliau mengatakan pembubaran itu dibuat selepas beliau mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada majlis menghadap yang telah berlangsung di Istana Besar Seri Menanti.

Pembubaran DUN akan diserah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya
Aminuddin mengatakan notis ini akan diserah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dalam masa terdekat untuk menentukan tarikh penting bagi urusan PRN seperti penamaan calon, tempoh berkempen dan hari pengundian.
"Pakatan Harapan (PH) akan bertanding di kesemua 36 kerusi DUN dan pembahagian antara parti komponan akan dimaklumkan minggu depan," katanya.
Pembubaran ini juga telah mengikut lunas peraturan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan kemelut politik yang berlaku di Negeri Sembilan.
"Kita rasa perlu untuk mengadakan satu mandat baharu daripada rakyat…jadi, saya serahkan kepada rakyat untuk menetukan masa depan negeri ini," katanya lagi.
PRN ke-15 pada tahun 2023 telah menunjukkan gabungan politik PH dan Barisan Nasional (BN) dalam membentuk kerajaan Negeri Sembilan dengan menguasai 31 kerusi DUN.
Negeri Sembilan adalah negeri kedua membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada PRN selepas Johor yang juga membuat perkara sama pada Isnin lepas.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via