FINAS Jelaskan Kenapa Tayangan Filem ‘Konspirasi’ Dihentikan Serta-Merta Di Pawagam

Difahamkan, FINAS tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan sekatan atau menarik balik tayangan Konspirasi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via GSC & BERNAMA

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Industri perfileman tempatan dikejutkan apabila filem Konspirasi dilaporkan dihentikan tayangan di pawagam seluruh negara selepas hanya seminggu ditayangkan

Menurut laporan Berita Harian, susulan isu tersebut, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tampil menjelaskan bahawa keputusan menghentikan tayangan bukan dibuat pihak mereka, sebaliknya diputuskan sendiri oleh penerbit filem berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata, semakan bersama Bahagian Wajib Tayang serta pengendali pawagam mendapati arahan pemberhentian tayangan datang daripada pihak pengedar dan penerbit filem tersebut.

Menurutnya, FINAS tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan sekatan atau menarik balik tayangan Konspirasi.

SAYS.com

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib

Image via Berita Harian

"Filem ini telah mendapat kelulusan Lembaga Penapis Filem (LPF) dan juga kelulusan Wajib Tayang sebelum ditayangkan di pawagam.

"Pawagam juga mengesahkan mereka menerima arahan rasmi daripada pengedar untuk menghentikan tayangan,"
katanya.

Tambah beliau, FINAS masih menunggu maklumat lanjut daripada pihak penerbit sebelum memberikan penjelasan lebih terperinci mengenai situasi sebenar.

SAYS.com
Image via FINAS MalaysiaImage via

Dalam masa sama, pengarah filem tersebut, Ghaz Abu Bakar mengakui dirinya turut terkejut dan sedih dengan keputusan itu kerana hanya dimaklumkan menerusi kiriman teks daripada pihak produksi

"Sejujurnya saya sendiri tak tahu kenapa. Bila saya tanya puncanya, mereka tidak membalas mesej saya," katanya.

Ghaz berkata, berdasarkan kebiasaan industri, sesebuah filem lazimnya diberikan tempoh tayangan sekurang-kurangnya dua minggu di pawagam sebelum sebarang keputusan dibuat.

Namun, Konspirasi baru sahaja memasuki minggu pertama tayangan sejak mula ditayangkan pada 21 Mei lalu.

Mengulas mengenai prestasi kutipan tiket, Ghaz berkata beliau tidak mempunyai akses kepada data penuh kerana perkara itu dikendalikan pihak penerbit.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan sambutan penonton pada hujung minggu dilihat semakin meningkat walaupun hari pertama tayangan agak perlahan berikutan persaingan dengan filem lain.

SAYS.com

Pengarah Filem Konspirasi, Ghaz Abu Bakar

Image via Berita Harian

Filem Konspirasi menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Datuk Adi Putra, Hisyam Hamid, Alicia Amin, Shiqin Kamal, Che Puan Sarimah Ibrahim, Amir Nafis, Roy Azman dan Esma Daniel.

Dalam pada itu, Ghaz mengakui filem berkenaan menerima reaksi bercampur daripada penonton.

Ada yang memuji tema jenayah siber dan elemen patriotik yang dibawa, namun ada juga yang mengkritik penggunaan kecerdasan buatan (AI) serta aspek penceritaan filem tersebut.

Walaupun kecewa, Ghaz menegaskan seluruh pasukan produksi sudah memberikan yang terbaik dalam menghasilkan naskhah itu.

"Kami dan krew produksi sudah beri yang terbaik untuk filem ini." katanya lagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: