Fosil Dinosaur Sauropod Terbesar Asia Tenggara Dilaporkan Ditemui Di Thailand Oleh Penyelidik
Difahamkan, Nagatitan chaiuaphumensis boleh mencapai berat 28 tan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pada 113 juta tahun lepas, Thailand pernah dipenuhi sungai berliku-liku dengan cuaca panas dan gersang, mempunyai satu dinosaur hampir 27 meter
Tanpa menghiraukan pemangsa yang lain, dinosaur bernama Nagatitan chaiuaphumensis adalah dinosaur terbesar yang dijumpai di Asia Tenggara.
Nama Nagatitan chaiuaphumensis ini berasal dari ular mitologi iaitu 'Naga' dari cerita tradisi Asia terutamanya di Thailand.
Dilaporkan oleh Reuters, penyelidik telah menjumpai fosil Nagatitan yang merupakan dinosaur dalam kelompok sauropods yang mempunyai leher panjang, ekor panjang, berkepala kecil dan mempunyai 4 kaki berbentuk seperti tiang.
Fosil ini difahamkan dari era Zaman Batu Kapur (Cretaceous) yang telah dijumpai oleh orang kampung dari kawasan Chaiyaphum di bahagian Timur Laut, Thailand

Gambar pembinaan semula Nagatitan oleh artis.
Image via ReutersSaintis mengambil masa beberapa tahun mengorek tulang belakang, pinggul dan kaki
Setelah beberapa tahun mengorek, saintis telah berjaya mendapatkan beberapa bahagian tulang dinosaur itu. Lebih mengejutkan, tulang humerus kaki depan dinosaur itu sahaja sudah sepanjang 1.78 meter.
Berdasarkan dimensi data saiz kaki, saintis mendapati Nagatitan adalah seberat 25 hingga 28 tan.
"Nagatita mempunyai badan yang besar dan pemakan tumbuhan dalam jumlah yang banyak seperti pokok konifer dan paku pakis," kata Thitiwoot Sethapanichsakul, Pelajar Kedoktoran Paleontologi, University College London.
Sethapanichsakul menambah bahawa pada ketika itu, haiwan pemangsa terbesar ialah Carcharodontosaurus yang bersaiz 8 meter. Haiwan sebesar ini tidak akan membuat apa-apa masalah untuk Nagatitan.

Untuk rekod, sauropod adalah antara kategori dinosaur paling besar yang pernah wujud di dalam dunia. Penemuan ini telah memberikan petunjuk baharu mengenai kepelbagaian dinosaur terutamanya di rantau Asia Tenggara.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via