Garis Panduan Khusus Malim Gunung Akan Diperkukuhkan Susulan Banyak Kes Pendaki Hilang – PMGP
Difahamkan, ini adalah susulan terlalu banyak kes pendaki hilang dan cedera.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Persatuan Malim Gunung Perhutanan Malaysia (PMGP) sedang membangunkan garis panduan khas untuk malim gunung yang lebih kukuh
Perkara ini dibuat susulan terlalu banyak kes aktiviti pendakian yang mempunyai kejadian pendaki hilang atau cedera yang semakin meningkat.
Dilaporkan Harian Metro, Presiden PMGP, Azuan Abdullah, mengatakan garis panduan ini telah mengambil kira semua maklum balas dan maklumat daripada pihak berkaitan untuk memastikan amalan terbaik untuk diterapkan oleh malim gunung dan komuniti pendaki.
Semua laporan dan garis panduan baru akan diteliti sebelum dimuktamadkan.
"Kami sentiasa menambah baik input dan maklumat tambahan demi kepentingan komuniti pendaki," katanya kepada Bernama.

Gambar sekadar hiasan
Image via South China Morning PostPanduan akan mengambil kira maklumat dari setiap negeri dan jabatan berkaitan
Garis panduan ini dijangka siap dalam masa terdekat dengan mengambil kira maklumat dari setiap negeri dan jabatan berkaitan termasuk syarikat insurans bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki.
Beliau juga berkata sebarang arahan, maklumat dan keputusan yang dikeluarkan oleh Pejabat Hutan Daerah dan Jabatan Perhutanan Negeri perlulah dipatuhi supaya risiko kejadian tidak diingini berlaku.
Cadangan penggunaan sistem pendaftaran secara digital atau sistem daftar masuk dan keluar bagi memudahkan pengesanan ketika kecemasan juga perlu dilaksanakan.

Gambar sekadar hiasan
Image via Berita HarianLiputan komunikasi yang masih terhad dan belum menyeluruh juga menjadikan hutan sebagai cabaran paling utama untuk sistem digital ini berkesan.
"Antara medium komunikasi yang boleh digunakan ialah walkie-talkie PMR446 (Personal Mobile Radio 446 MHz), radio CB (Citizens Band) ketika pendakian atau radio amatur berlesen yang dikendalikan mengikut peraturan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
"Pemasangan repeater radio di puncak yang dikenal pasti juga boleh membantu menghubungkan komunikasi antara stesen berdekatan dan memperkukuh rangkaian komunikasi ketika kecemasan," katanya.
Simulasi SAR juga dicadangkan untuk dilaksanakan secara berkala supaya agensi berkaitan mempunyai tahap persediaan yang sentiasa tinggi disamping memperkukuhkan koordinasi ketika operasi sebenar.

Baru-baru ini seorang pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, berjaya ditemui selamat setelah hilang di Gunung Batu Putih selama dua minggu. Tidak lupa juga kes Mustaqqeem Mansoor, 34, yang dilaporkan meninggal dunia akibat hipotermia ketika mendaki Gunung Liang Barat, Perak pada Oktober 2025.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via