Haji Lestari Diperkenal, TH Galak Kitar Semula Kain Ihram Demi Kelestarian Alam
Pelaksanaan Haji Lestari akan melibatkan dua fasa iaitu di Tanah Suci dan tanah air.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan inisiatif Haji Lestari bagi musim haji 1447H/2026 sebagai langkah memperkukuh budaya sifar sisa dalam kalangan jemaah melalui pengurusan serta kitar semula kain ihram terpakai
Menurut laporan Berita Harian, inisiatif tersebut dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan dalam satu majlis rasmi.
"Ia selaras tuntutan maqasid syariah dalam memperkasakan usaha memelihara dan memulihara alam sekitar, selain meningkatkan kesedaran jemaah terhadap tanggungjawab bersama untuk menjayakan ibadah haji yang lebih bersih serta lestari," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan
Image via NSTP/MOHD FADLI HAMZAHTambahnya lagi, kain ihram yang digunakan jemaah lazimnya hanya disimpan atau dibuang selepas musim haji. Justeru melalui inisiatif itu, tekstil terbiar dapat dimanfaatkan semula untuk masyarakat dan alam sekitar, di samping meningkatkan kesedaran jemaah haji terhadap tanggungjawab bersama bagi menjayakan haji yang lebih bersih serta lestari.
Pelaksanaan Haji Lestari akan melibatkan dua fasa iaitu di Tanah Suci dan tanah air
Di Makkah dan Mina, lokasi pengumpulan disediakan bagi memudahkan jemaah menyumbangkan kain ihram yang tidak ingin dibawa pulang.
Sementara itu di Malaysia, kain yang dikumpulkan akan melalui proses kitar tinggi (upcycle) untuk dijadikan produk baharu. Jemaah haji dan umrah boleh menyerahkan kain ihram terpakai di pejabat cawangan TH terpilih mulai Oktober 2026.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Madani NewsDalam perkembangan sama, beliau memaklumkan bahawa program ini berpotensi diperluaskan kepada barangan lain. Selain itu, jemaah turut diingatkan agar sentiasa peka terhadap perkembangan semasa termasuk isu geopolitik serta mematuhi arahan pihak berkuasa.
"Alhamdulillah, melalui kursus perdana ini, TH dapat mempersiapkan bakal haji dari aspek mental, fizikal serta kefahaman menerusi modul praktikal manasik haji seperti tawaf, sai dan melontar jamrah dengan jumlah jemaah yang ramai, agar ia memberi gambaran suasana yang menghampiri keadaan di Tanah Suci," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via