Hakim Danish Bakal Sertai Baki Dua Lagi Pusingan Akhir Moto3 World Championship 2025

Hidup anak Ganu!

Enlarge text
Cover ImageCover image via One Tiger Arena & ZK Racing

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelumba muda berbakat negara, Hakim Danish Ramli, bakal mengakhiri musim 2025 dengan penyertaan istimewa dalam dua pusingan terakhir Moto3 World Championship

SAYS.com
Image via One Tiger Arena

Perlumbaan pertama, PortugalGP di Litar Algarve (7–9 November) dan ValenciaGP di Litar Ricardo Tormo (14–16 November).

Anak kelahiran Kuala Terengganu itu akan menyarung jersi MT MSI Racing Team, menggantikan pelumba Jepun Ryusei Yamanaka yang tidak dapat beraksi akibat kecederaan.

Peluang menyertai dua perlumbaan terakhir musim ini dilihat sebagai langkah penting dalam pembangunan karier Hakim Danish, yang dijadualkan untuk beraksi sepenuh masa dalam Moto3 World Championship 2026.

Bulan November juga bakal menjadi tempoh paling sibuk buat pelumba berusia 17 tahun itu, dengan dua pusingan akhir FIM JuniorGP World Championship serta dua lagi perlumbaan Moto3 menantinya dalam masa hanya dua minggu.

Teruja galas tanggungjawab baharu

Mengulas mengenai peluang yang diberikan, Hakim menyifatkannya sebagai satu penghormatan besar dan berjanji akan memberikan komitmen sepenuhnya di atas litar.

"Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk mempelajari sebanyak mungkin dan menyesuaikan diri dengan jentera Moto3 yang sememangnya berbeza dengan jentera lain pernah saya tunggang di Rookies Cup dan JuniorGP.

"Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada MSI Racing Team kerana memberi saya peluang untuk beraksi dalam dua pusingan terakhir musim GP 2025,"
katanya.

SAYS.com
Image via ZK Racing

Peralihan ke jentera Moto3 semestinya menuntut penyesuaian dari segi teknik tunggangan, kelajuan dan strategi perlumbaan, namun berdasarkan prestasi konsisten Hakim dalam Red Bull Rookies Cup dan FIM JuniorGP, peluang ini dilihat sebagai ujian sebenar tahap kematangannya sebagai pelumba profesional.

Minggu lalu di Litar Antarabangsa Sepang, Hakim yang beraksi bersama AEON Credit SIC Racing Team MSI, terpaksa menamatkan perlumbaan lebih awal selepas jentera KTM yang ditungganginya mengalami masalah teknikal.

Moto3 PortugalGP akan berlangsung dari 7 hingga 9 November, manakala ValenciaGP menutup tirai musim pada 14 hingga 16 November 2025.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: