Hentikan Guna Identiti Kanak-Kanak Sebagai Hukuman Digital – CMCF
Difahamkan, CMCF menggesa semua pihak untuk menjalankan tanggungjawab mengikut peranan masing-masing.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) memandang serius penyebaran berterusan kandungan yang mengenal pasti identiti berkainan kanak-kanak
Baru-baru ini, terdapat satu kejadian penikaman di sekolah yang melibatkan kanak-kanak bawah umur tetapi penyebaran identiti kanak-kanak dengan unsur sensitif banyak disebarkan.
Menurut CMCF, mereka telah mengambil maklum dan media arus perdana Malaysia harus bersikap tanggungjawab dan berhati-hati dalam melaporkan kejadian ini. Namun begitu, kandungan yang berbahaya masih terus disebarkan di media sosial, aplikasi pemesejan dan halaman tidak sahih yang mendakwa sebagai sumber berita.
Undang-undang jelas diperuntukkan melarang penerbitan kepada pengenalpastian identiti kanak-kanak.
Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 melarang sebarang penerbitan maklumat yang boleh membawa kepada pengenalpastian identiti kanak-kanak yang terlibat dalam prosiding jenayah atau mahkamah.

Ketua Pegawai Eksekutif CMCF, Mediha Mahmood
Image via Berita HarianKanak-kanak berhak mendapat privasi, dijaga maruah dan peluang pemulihan
Perlindungan ini wujud untuk kanak-kanak kerana mereka berhak mendapat privasi, menjaga maruah dan peluang untuk melalui proses pemulihan tanpa mengira tahap keseriusan dakwaan yang sedang dihadapi.
Ketua Pegawai Eksekutif CMCF, Mediha Mahmood, juga berpesan kanak-kanak dan remaja bawah umur tidak akan kehilangan hak perlindungan undang-undang.
"Seorang kanak-kanak atau remaja bawah umur tidak hilang hak perlindungan undang-undang hanya kerana dakwaan terhadapnya serius. Malah, dalam kes yang lebih berat, kita perlu lebih berhati-hati kerana kemarahan awam tidak boleh dibiarkan menjadi hukuman digital yang kekal terhadap mereka." kata beliau.

Tambahan lagi, penyebaran kandungan yang mendedahkan identiti kanak-kanak boleh membawa kesan yang nyata dan berpanjangan. Perkara ini sekali gus mendedahkan kanak-kanak terlibat, pelajar lain yang terkesan, rakan sekolah dan keluarga mereka kepada aib awam dan tekanan psikologi.
Perkara ini boleh berlarutan dalam jangka panjang walaupun perhatian masyarakat sudah beralih kepada isu lain.
Kandungan yang sudah tersebar sukar untuk ditarik sepenuhnya kerana setiap perkongsian, hantaran semula, tangkap layar dan pautan yang dipanjang hanya memberikan kesan mudarat kepada kanak-kanak terlibat.
CMCF menggesa semua pihak untuk menjalankan tanggungjawab mengikut peranan masing-masing
CMCF menggesa orang awam, halaman tidak sahih dan portal yang mendakwa diri sebagai sumber berita, platform media sosial dan media untuk memainkan peranan masing-masing.
Bagi orang awam, CMCF berpesan supaya tidak mencari, berkongsi dan memanjangkan atau memuat naik semula kandungan yang mendedahkan identiti kanak-kanak terlibat atau butiran peribadinya.
Buat halaman tidak sahih dan portal yang mendakwa diri sebagai sumber berita perlu segera menurunkan sebarang kandungan yang mendedahkan identiti atau maklumat peribadi kanak-kanak. Mereka juga perlu menghentikan penerbitan bahan peribadi yang tidak disahkan hanya untuk mendapat trafik dan perhatian.
Platform media sosial pula digesa untuk bertindak segera terhadap kandungan yang mendedahkan identiti kanak-kanak termasuk butiran peribadi mereka. Penguatkuasaan terhadap kandungan yang telah dimuat naik semula, disebarkan semula atau terus ditularkan perlu diperkukuhkan.
Badan media pula perlu terus lebih berhati-hati terutamanya melibatkan kandungan tular di media sosial yang mewujudkan tekanan untuk menerbitkan butiran yang sebaliknya patut dilindungi.
Kebajikan kanak-kanak yang terkesan oleh insiden ini termasuk kanak-kanak yang didakwa melakukan perbuatan tersebut, pelajar yang cedera, rakan-rakan sekolah dan keluarga mereka akan menjadi keutamaan.
CMCF menegaskan, melindungi kanak-kanak bukan bermakna mengecilkan tahap keseriusan insiden yang berlaku. Ini adalah untuk memastikan tindak balas terhadap sesuatu tragedi tidak mewujudkan lagi kemudaratan baharu.
CMCF sedia bekerjasama dengan platform, masyarakat sivil, organisasi media dan agensi kerajaan yang berkaitan untuk mengurangkan penyebaran kandungan berbahaya dan tidak sahih yang melibatkan hak, maruah, dan kebajikan kanak-kanak.

Sumber: Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via